Friday, October 28, 2011

::. Hidup ini tidak lama .::

ooowhh... migrain itu sakit. -_____-"

Assalamualaikum wrt,


Kesehatan diri semakin lama semakin berkurang. Bersyukurlah nikmat kesehatan yang Allah berikan sebelum ia ditarik kembali dan baru-baru ini "Migrain" pula menyusul. Membantutkan sedikit banyak aktiviti. 


Dakwah. Pengajian. Usrah. Hafazan al-Quran. Hak-hak al-Quran. Hadith 40. Sirah Agung. Exam. Praktikum. Ulangkaji Buku Modul. Baca Jurnal. Assignment. PBL Presentation. Research. Buat Video. Designer dan Free Lancer. Peluasan rangkaian. Pengukuhan ikatan kenalan. Sebarkan salam.

Hidup ini tidak lama. Hidup ini bukan untuk satu penumpuan sahaja, buatlah apa sahaja ikut kemampuan kita untuk mencapai mencapai matlamat yang pasti. Kita pasti hebat dalam bidang kita bukan? Jika bagus, teruskan, mantapkan, tapi jangan terlalu
laro sampai yang lain tergadai serta jangan memperlekeh dan memperendahkan bidang ataupun fokus capaian orang lain yang mampu dicapai dan ditumpu oleh orang lain.


Hidup ini tidak lama. Rugilah jika 'kebaikan' dan 'cinta' disebarkan tapi disebarkan dalam nada sinis, dendam dan  dengan tidak berhikmah. Itu namanya tertipu dalam diri dan pemberian rasa.

Hidup kita tidak lama, tapi menyebarkan "kebaikan" dan "cinta" supaya hidup kita lebih panjang dan kekal dalam doa-doa kebaikan orang selepas kematian kita. Serulah kebaikan dengan nada baik dan berniat baik. Sebarkanlah aura kemuliaan. Tunjukkanlah yang positif, pasti nada positif itu tersebar dan harum mewangi merebak keseluruh alam. Jika ianya dari hati yang suci dan cintakan kebaikan.

Hidup ini tidak lama. Hukumlah hati orang itu sebagai hitam jika wajahmu di hadapan Allah sudah pasti putih berseri. Hukumlah hati kamu sebagai putih nan bening air mewangi bauan syurga jika sudah pasti kita itu selamat di hadapan Allah. Tiada siapa yang boleh meletakan derajat pada manusia kecuali Allah swt.

Kita sama-sama mengharap rahmat Allah. Ayuh, sebarkan kebaikan. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... =)







Letakkanlah ikhlas kerana Allah...



Aku mencintai, menuntut ilmu dan hidup kerana Allah!!



Apa jua cara dan usaha kita, jika kita ikhlas, yakinlah akan jalan dan penyelesaian di akhirnya.


"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"



 [At-Taubah, 9 : 72]


Wallahu'alam...





:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Jumaat, 28102011-

Friday, October 7, 2011

::. Dont Worry .::

Thursday, October 6, 2011

::. CIta-cita Akhirat .::