Wednesday, February 9, 2011

::. Tolong Ingatkan Aku .::

Sahabat...
Jika hari aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi… "tolong Ingatkan aku”
Mengapa engkau hanya diam ketika melihat kebatilan dan kemungkaran yang mungkin sering ku lakukan?
Apakah engkau tidak melihat kalau sahabatmu ini juga lemah?

Rakan...
Aku mungkin kerap kali mengabaikan agungnya sebuah ketaatan,
Aku mungkin sering mendustaiNya,
Mencari-cari dan meraba-raba jalan yang gelap,
Nafsu merasuk minda,
Kecewa menyelubungi jiwa,
Aku lupa.

Kawan...
Jika saat ini ku lalai,
Tolong ingatkan aku…
Tentang umurku yang telah tersia-sia,
Tentang cintaku yang tiada makna,
Tentang kataku yang menipu,
Tentang kerinduanku yang salah tuju,

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Tentang kelupaanku bahawa Izrail pasti akan mengunjungiku,
Tentang sempitnya kubur,
Tentang hari pembangkitan,
tentang al-Mizan,
Tentang hisab Allah,
Terutama tentang seksa Neraka.

Mari patahkan papan markah lama,
Mari padamkan buku tiga lima,
Biar luka sembuh sendiri,
Biar agar tidak lupa ditebus hari.

Teman...
Jika suatu saat nanti mungkin Allah melemparku ke dalam nerakanya,
Tapi sedangkan tugasmu untuk mengingatkan aku,
Apakah kamu tidak sedar itu juga pasti memberi kesan kepadamu
Kerana itu tujuan menjadi sahabat…
Bertemu kerana Allah, berpisah juga kerana Allah
Mencintai kerana Allah, membenci juga kerana Allah

Tolong ingatkan aku, jika aku memang lupa...~







.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-rabu, 0240, 09022011-

No comments: