Thursday, January 20, 2011

::. Menjadi Ibu Bapa atau ‘Bakal’ Ibu Bapa .::



.::Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang::.


Assalamualaikum...~

Ramai orang merasakan menjadi Ibu Bapa itu suatu perkara yang mudah namun sebenarnya tidak... Sebagaimana kita perlu banyak melakukan persediaan diri sebelum mencari pasangan hidup, begitulah juga kita sewajarnya melengkapkan diri sebelum merelakan untuk menjadi Ibu atau Bapa. Manusia dijadikan Allah swt berbeza dengan haiwan. Burung kalau nak bertelur Allah jadikan pandai mereka membuat sarang secara otomatis tanpa perlu belajar. Manusia secara fitrahnya memang berbeza dengan haiwan dimana manusia diwajibkan belajar termasuk belajar bagaimana untuk menjadi Ibu yang solehah dan menjadi Bapa yang soleh. Ibu dan Bapa mempunyai bertanggungjawab terhadap keluarga yang bakal dibina. Anak merupakan salah satu tanggungjawab dan amanah Allah kepada Ibu Bapa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi."
(HR Bukhari)

Menurut Imam Al-Ghazali ra pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu Bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelas, Ibu Bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya "menjadi" atau tidak. Semua ibu bapa mahu membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang mulia tetapi ramai yang tidak tahu cara yang berkesan untuk melakukannya.

Anak adalah permata hati di setiap Ibu Bapa. Tanpa kehadiran anak, bagi keluarga seperti sayur tanpa garam serta dalam bahtera rumah tangga, anak adalah suatu pemupuk perasaan antara ‘Ayah’ dan ‘Mak’ dan pasti setiap Ibu Bapa menginginkan anaknya tumbuh menjadi keperibadian dan ketrampilan yang baik dan mandiri. Ibu Bapa mempunyai terlalu banyak harapan kepada anaknya, tetapi apakah anak itu dapat menjalaninya dengan baik?

Untuk itu Ibu Bapa juga harus dapat memahami perkembangan anak tersebut, kerana anak itu bukannlah alat untuk memenuhi keinginan Ibu Bapa dan bukanlah manusia dewasa bersaiz kecil. Si Anak juga adalah seseorang yang dapat hidup sendiri dan mengatur kehidupannya, tapi sebagai Ibu Bapa, wajar kita mengkhawatirkan anak kita, hanya tergantung dari cara kita untuk dapat menyalurkannya berfikiran positif dan memberikan sedikit kebebasan, kiranya dapat menjadi ruang tumbuh bagi perkembangan mereka. Bukan dari cara kita yang selalu memarahi mereka tanpa alasan yang kukuh dan ingatlah bahawa ketika kita membentak mereka, maka akan tumbuh suatu sikap pemberontak dalam jiwanya. Apakah itu yang mereka inginkan terjadi pada anak?

Terjadinya pengabaian anak atau ‘child abuse’ dipengaruhi dari banyak faktor, salah satunya dari faktor internal, iaitu dari Ibu Bapa yang agresif dan impulsif dan juga dari Ibu atau Bapa tunggal dan ‘bakal’ Ibu Bapa muda yang belum siap memiliki anak. Dari sudut apapun, kekerasan sangat dilarang keras dan juga sangat dibenci oleh setiap orang tapi bagi sebahagian masyarakat malah menjadikan kekerasan adalah suatu kedisiplinan dalam cara mendidik anak. apakah dengan cara kita memukul anak dan membentaknya mereka akan langsung tunduk kepada kita? awalnya mungkin mereka akan takut dan menjadi seseorang yang paranoid tapi lama-kelamaan sikap itu akan berubah menjadi suatu pemberontak kerana didikan yang tersebut dapat memberi kesan pada mental anak.

Ada banyak cara untuk para Ibu Bapa mendidik anak mereka dengan cara positif dan yang paling utama adalah keperibadian dari Ibu Bapa tersebut dan kesiapan mereka dalam mendidik anak. Ibu Bapa juga harus dapat membahagi waktunya dengan baik antara keluarga dan pekerjaan kerana banyak terdapat banyak Ibu Bapa yang hanya terfokus pada pekerjaan mereka dan selalu melupakan waktu dengan keluarganya. Padahal, keluarga adalah sesuatu yang penting dan juga harus diperhatikan. Dahulu kita selalu terbaca di surat khabar atau mendengar banyak terjadi kes ‘lari dari rumah’, terutama untuk para anak yang akan memasuki masa-masa remaja. Anak memerlukan perhatian yang lebih untuk mendidik mereka kerana jiwa mereka sangat tidak stabil dan rentan akan hal-hal terentu terutama tentang kehidupan terutama mereka mula melangkah masuk ke dunia remaja kerana mereka mula merasa untuk mencari jawapan apa tujuan mereka hidup mereka dan memerlukan seseorang untuk memberikan jawapan itu. Orang itu seharusnya Ibu Bapa.

Namun yang paling terpenting dalam mendidik anak adalah cintailah mereka dengan ikhlas, kerana dari cinta yang tulus dan ikhlas akan menciptakan masa depan yang cerah buat keluarga. Buat apa orang-orang hidup di dunia ini, jika bukan untuk meraih kebahagian dan ciptakanlah sebuah perasaan yang ikhlas dan berilah mereka sebuah kasih sayang yang tak ada batas kerana mereka anak kita adalah sebagian dari diri kita. Ada beberapa tips ‘Dr Fadzilah Kamsah’ untuk Ibu Bapa atau kepada yang ‘bakal’ menjadi Ibu Bapa untuk mendidik anak mereka:

1. Yang utama, apa yang Anda lakukan
Hal ini merupakan salah satu prinsip terpenting. Anak-anak memerhatikan Anda. Jangan memberikan reaksi yang impulsif.

2. Terlibat dalam kehidupan anak
Tentu memerlukan waktu dan Anda perlu menyusun kembali prioriti Anda. Seringkali, ini bererti mengorbankan apa yang ingin Anda lakukan, dengan melakukan apa yang diinginkan atau diperlukan anak. Selalu siap untuk anak Anda baik secara mental mahupun fizik.

3. Sesuaikan dengan karakter anak
Setiap anak memiliki karakter berbeza. Boleh jadi anak Anda sedang merasa depresi. Memaksanya untuk melakukan keinginan Ibu Bapa bukan merupakan jawapan. Jika perlu, permasalahan ini harus dibincang dengan seorang profesional.

4. Menetapkan dan menerapkan aturan
Bila Anda tidak mengatur perilaku anak dari kecil, Anda akan mengalami kesulitan pada saat dia lebih besar, terlebih ketika Anda tidak ada di dekatnya. Aturan yang dipelajari anak dari Ibu Bapa sejak kecil, akan membentuk aturan-aturan yang diterapkannya di kemudian hari.

5. Membantu mengembangkan kemandirian
Memberikan dukungan terhadap kemandiriannya dapat membantunya mengembangkan arah tujuan yang akan diambil kelak. Banyak Ibu Bapa salah mengertikan kemandirian anaknya, dan menyamakannya sebagai pembangkang dan pemberontak. Anak-anak menuntut kemandirian, kerana kemandirian merupakan bagian dari sifat dasar manusia untuk merasa terkendali, dan bukan merasa dikendalikan oleh orang lain.

6. Bersikap konsisten
Bila aturan yang Anda berikan kepada anak berubah-ubah dari hari ke hari, atau bila Anda memaksa anak melakukan sesuatu hanya untuk waktu yang sebentar-sebentar, wajar jika anak menjadi bingung. Selalulah berusaha bersikap konsisten agar anak Anda tumbuh menjadi orang yang konsisten dan tak bingung dengan tujuan hidupnya.

7. Hindari disiplin kasar
Janganlah pernah punya keinginan untuk mengalahkan anak. Anak yang sering ditampar lebih mudah berkelahi dengan anak-anak lain, dan kemungkinannya lebih besar bagi mereka untuk menjadi penggertak atau menjadi agresif dalam mengatasi perselisihan dengan orang lain. Banyak cara untuk mendisiplinkan anak salah satunya dengan mengikut sunnah Rasulullah saw cara mendisiplinkan keluarganya.

8. Jelaskan aturan dan keputusan Anda
Umumnya, Ibu Bapa memberikan penjelasan yang berlebihan pada anak yang masih kecil, dan memberikan penjelasan yang kurang pada anak yang sudah remaja. Padahal, sesuatu yang nampaknya jelas bagi Anda belum tentu jelas bagi anak Anda yang berusia 12 tahun. Anak Anda tidak memiliki prioriti, penilaian atau pengalaman seperti yang Anda miliki.

9. Perlakukan anak Anda dengan hormat
Cara terbaik agar anak menghormati Anda adalah dengan memerlakukannya dengan hormat. Anda harus memberi kebaikan pada anak Anda seperti kebaikan yang Anda berikan pada orang lain. Berbicaralah dengan cara yang sopan kepadanya. Hormati pendapatnya. Dengarkan dengan sungguh-sungguh bila dia berbicara. Anak-anak akan memperlakukan orang lain sebagaimana Ibu Bapanya memperlakukannya. Hubungan Anda dengan anak Anda merupakan tapak asas bagi hubungannya dengan orang lain.

Wallahu’alam…~











.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-khamis, 0833, 20012011-



No comments: