Alhamdulillah kita masih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Ayuh kita mengejar dan berlumba-lumba untuk mendapatkan "hadiah" utama Lailatul Qadr. Al-Quran sudah berapa juz? Taraweh berapa rakaat? Qiam buat tak? Sedekah, zakat dan infaq dah sediakan belum? Kepada yang masih belum jom kita segera bersedia!
...SEM PENDEK BLOK 12, MALAYSIA, OSCE...
Semester Pendek (SP) Blok 12 Infeksi & Imunitas. Blok SP kali ini sangat mencabar dan meletihkan. Diuji dengan PBL 1 kene halau sebab terlambat satu jam sebab tertidur dan terlupa bagitau Housemate untuk kejut sebab hanya saya seorang je pelajar Malaysia Batch 09 yang ambil SP ini. Saya tahu saya salah. Cuma yang sangatlah dikesali dan terasa hati, Mentor PBL pula taknak bagi muka serta saya kelihatan macam pengemis dan orang tak tentu arah ikut belakang mentor minta izin nak masuk PBL 2 dahlah sengaja jalan pergi kantin sebab saya asyik ikut belakang beliau supaya saya rasa malu walaupun akhirnya menyerah sebab ada kuliah tak dapat juga serta dipermalukan dalam kelas dalam esoknya sebab dia pun ada beri kuliah farmakologi. Kalau nak marah marahlah saya jangan susahkan saya nak lulus dan malukan saya. Harap nanti kepada kawan-kawan yang mungkin nanti jadi Pensyarah tidak kira medic, engineer atau akauntan ke... janganlah buat zalim macam tu kepada pelajar anda. Mana tahu nanti orang yang akan menolong kita adalah orang yang kita zalimi atau dia tak halalkan apa yang kita buat. Saya hanya berdoa supaya doktor itu sedar akan perbuatannya dan mendapat hidayah daripada Allah swt. Nasib baik ada seorang doktor baik dari PSSK bagi ikut ujian walaupun tanpa PBL. Alhamdulillah. Nampaknya terpaksa perlu kerja keras untuk lulus kerana markah PBL tidak ada. Usaha, Redha dan Tawakal. Semoga dapat hikmah dari apa yang berlaku. Tolong doakan saya semoga SP blok ini saya dapat harungi dengan sebaik-baiknya. Ameen. Dan tidak dilupa saya share kisah ini supaya dapat jadi pengajaran kepada saya dan untuk semua. Ada hikmah disebalik kisah ini.
Malaysia. Sudah hampir 3 tahun kita belum bersua dengan hati yang tenang dan cuti yang sebenarnya. Baru-baru ini pulang hanya sebentar untuk menjalankan tugas. Hanya 3 hari. Akhirnya, dapat juga cuti yang sesungguhnya. Insha Allah, cuti kali ini akan digunakan sepenuhnya. Tak sabar dirasakan dihati ini, Yooosh!! ^0^
OSCE. Tapi tidak dilupakan kawan-kawan yang kena Her OSCE. Semoga dapat lulus dengan jayanya semua Station yang korang belum selesaikan. Memang susah, korang OSCE kali ini tidak sama seperti OSCE kiteorang dulu. Dulu hanya 8 Station aktif 1 rehat. Korang 12 Station Aktif 2 rehat dan hampir semua kes simulasi. Jika korang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kemudian tawakal kepada Allah. Dengan Izin-Nya, Insha Allah lulus semuanya. Saya mendoakan korang semua dipermudahkan dan lulus semunya. Chaiyok!! ^_^
.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
06082012