Sunday, May 25, 2014

::. Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya .::

"Kemudian makanlah dari setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang berfikir" (QS An-Nahl 16:69)


     Marcapada kaedah pengubatan bagi orang sakit sudah begitu maju dan modern, dengan dari jenis ubat-ubatan hinggalah pelayanan pesakit agar dapat sembuh dari penyakit yang diderita. Ditengah kemajuan ini, kaedah alamiah juga ikut berkembang antara lain dalam bentuk pengubatan para Tabib dan tidak ketinggalan pula cara pengubatan Islami yang diterapkan oleh Bagina, Rasulullah saw atau dikenali sebagai Tibbun Nabawi.

     Kaedah ini kemudian asal mula pengubatan Islami yang maju di abad pertengahan hingga melahirkan Tabib-tabib Islam terkenal sehingga  dikenal dalam bahasa Latin antara lain seperti Ibnu Sina (Advicienna), Ibnu Rusyd (Averrost), Al-Haitham (Alhazen), Ar-Radzi (Razes) serta Al-Idrisi (Drise/Dresses). Terkait hal ini saya ingin mengutip prinsip-prinsip pengubatan Islami dari buku Menjadi Dokter Muslim. Menurut buku tersebut ada beberapa hal yang ditekankan oleh Baginda, Nabi Muhammad saw dalam perkara pengubatan yang seperti berikut.

1) Semua penyakit dan ubatnya berasal dari ciptaan Allah.

Prinsip ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw dalam hadith Baginda.

"Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubatnya" (HR Bukhari dan Muslim)

"Masing-masing penyakit pasti ada ubatnya. Kalau ubat sudah mengenai penyakit, maka penyakit tersebut akan sembuh, sesuai dengan izin Allah" (HR Muslim)

Dalam pada itu dalam Sirah Nabi Ibrahim as Khailullah, pernah bertanya kepada Allah swt."Ya Rabbi, dari manakah datangnya penyakit?"

"Dari-Ku" jawap Allah swt. 

Kemudian Nabi Ibrahim bertanya lagi "Jika demikian Ya Allah, dari manakah ubatnya?

Allah swt menjawab "Dari-Ku juga"  

Nabi Ibrahim bertanya lagi "Jika demikian halnya, apakah gunanya Tabib (Doktor)?" 

Allah swt menjawab "Mereka makhluk yang Aku utus untuk membawa ubat dari-Ku".

     Perbincangan ini merupakan bentuk penegasan bahawa semua penyakit dan ubat tidak lain berasal dari Allah swt. Allah telah berjanji bahawa semua penyakit pasti ada ubatanya kecuali Mati (Ajal). 

     Antara sebab utama Allah turunkan penyakit sebagai ujian kepada manusia untuk menguji keimanan, kesabaran serta keikhlasan seperti yang dicontohkan oleh Nabi Ayyub as sehingga ditinggalkan isterinya. Dengan sabar, doa dan berubat tanpa berputus asa dengan izin Allah Nabi Ayyub akhirnya sembuh kembali dan isterinya juga kembali. 

     Oleh itu, mereka yang menjadi dan dilantik sebagai Doktor, Tabib, Bidan, Perawat (Nurse) serta Ahli Farmasi disuatu pihak menjadi cabaran bagi mereka kerana mereka sebagai utusan Allah swt untuk meningkatkan penelitian dan kompetensi serta pelayanan untuk menyembuhkan penyakit sesuai dengan penegasan Allah tersebut.

     Sedangkan disuatu pihak lagi sebagai pesakit, jangan pula mencari-cari penyakit atau baru datang berubat ke Doktor bila setelah penyakitnya amat parah dan sulit disembuhkan. Menurut ilmu perubatan, upaya pencegahan (preventif) jauh lebih lebih baik daripada upaya penyembuhan (kuratif). Hal ini juga terkait dengan pencegahan merokok, arak, seks bebas dan dadah seperti yang diseru oleh Kementerian Kesihatan atau nasihat para Doktor tetapi kian hari jesteru kian banyak penagih dan mangsanya malah dunia sekarang ramai yang suka mencari-cari penyakit demi gaya hidup tanpa memikirkan risikonya.

2) Menghindari pemakaian ubat yang najis dan haram.

     Menurut buku tersebut pengubatan penyakit terbagi kepada dua kelompok iaitu dari bahan yang halal dan haram. Ada beberapa jenis ubat yang menggunakan bahan haram seperti bahagian khinzir (enzim atau protein atau organ) dan alkohol (ubat  batuk, campuran arak dan herba-herba atau arak rendaman bangkai binatang seperti ular, katak dll) sedapat mungkin perlu dihindari kerana dilarang secara syariah kecuali amat terpaksa darurat boleh menyebabkan kematian dan belum ada bahan pengganti. Sekira sudah ada pengganti harus dihindari seperti ubat batuk yang sekarang ada yang jenisnya yang tidak mengandungi alkohol atau vaksin meningitis yang dari khinzir yang sudah ada penggantinya.

3) Harus sentiasa melakukan penelitian, kajian dan meningkatkan kompentensi untuk mengembangkan ilmu perubatan.

     Prinsip ini sangat penting dalam dunia perubatan agar tidak berhenti-henti mengembangkan ilmu perubatan dengan menggalakan penelitian, kajian dan meningkatkan kompentensi  agar pelayanan lebih baik dan ubat-ubatan bertambah baik terutama yang ubatan yang halal disegi syarak demi umat manusia serta umat Islam terutamanya.

"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"

     Motto yang mana kemudian memicu kemajuan di Dunia Islam termasuk dunia perubatan Islam sehingga banyak tokoh perubatan Islam muncul ketika itu.

4) Meningkatkan kualiti perawatan.

"Barangsiapa yang mengubati (orang lain), padahal ia tidak pernah diketahui sebelumnya selok belok ilmu perubatan, maka ia akan diminta pertanggung jawabannya kelak" (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)

     Riwayat ini mengkehendaki agar mereka yang bergerak di bidang perubatan adalah yang benar-benar menguasai bidang itu bukan hanya sekadar seperti dukun yang dia sendiri tidak tahu apa yang dibuatnya hanya kononnya malah meminta pertolongan jin daripada pertolongan Allah swt. Ini kerana kepada Pakar Ilmu Perubatan lah para pesakit memasrahkan kesihatan mereka untuk mencari kesembuhan bukan hanya fizikal tetapi jiwa mereka. 

     Oleh itu mereka yang mempunyai ilmu perubatan dituntut setiap saat untuk memeberikan pelayanan yang prima kelas pertama dan masyarat pula terus menjaga kesihatan sebaik mungkin serta syukur dengan kesihatan yang Allah berikan dengan beribadah dengan khusyuk agar mendapat keredhaan Allah swt untuk memberi kesembuhan kepada kita semua. Wallahu'alam.




.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
25052014