Monday, October 5, 2009
Apekah wujudnya Tuhan...~ ?
Di sini, saya ingin berkongsi satu cerita dengan geng2 sekalian, marilah kita menghayati sambil hati mengingatinya..
Seperti kebiasaannya, seorang laki-laki yang dikenali dengan Yusran (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting untuk memotong rambut dan janggutnya. Dia pun mula berborak dengan tukang gunting yang melayaninya.Pelbagai topik yang dibualkan sehingga akhirnya suatu topik yang jadi pilihan tentang masalah kewujudan Tuhan.
"Wahai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang gunting Mendengar ungkapan itu, Yusran terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?".
"Mudah saja, anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? mengapa banyak anak yang terlantar kebuluran?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang membenarkan semua perkara itu terjadi...", ungkap tukang gunting dengan nada yang tinggi.
Yusran pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh si tukang gunting itu. Namun d ia sama sekali tidak memberi respon agar perbincangan tersebut tidak pergi lebih jauh lagi.
Ketika tukang gunting selesai melakukan tugasnya lalu Yusran pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki yang berambut panjang dengan janggutnya pun agak lebat. Keadaan lelaki itu seperti dia sudah lama tidak datang berurusan dengan tukang gunting yang membuatkannya kelihatan begitu selekeh dan tidak rapi.
Yusran kembali masuk ke dalam kedai gunting itu lalu berkata ke pada tukang gunting, "Tukang gunting itu tidak ada di dunia ini"...
Tukang gunting pun terkejut dengan perkataan Yusran tersebut lalu bertanya. "Bagaimana mungkin tukang gunting tidak ada? Buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting,".
Yusran kembali berkata dengan tegas, "Tidak! memang tukang gunting tidak ada. Jika mereka ada maka tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti pemuda di luar itu."
"Ah, itu perkara biasa saja... Tukang gunting itu sentiasa ada di mana-mana.Yang terjadi pada pemuda itu adalah bahawa dia tidak mahu datang ke kedai gunting saya untuk digunting," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat!" tegas Yusran. "Itulah juga merupakan hujah bahawa Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa terjadi begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini...."
Demikian, pujilah Tuhanmu Yang Maha Pencipta, Subhanallah, walhamdulillah, wallahuAkbar..
Jadi kepada geng2 sekelian marilah kita semua berfikir....dan jangan biarkan diri anda semua dipengaruhi oleh sesuatu/orang dan apa2 saja yang cuba menyesatkan kita....sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambanya dangan sesuatu hambanya tidak mampu hadapi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aip, asal ader name Yusran uh??wei, bangga name ak digunekan uk kebaikan!!wahaha
terbace kat blog PKPMI alkisah yg same dipetik dari islamitazkirah..namenye Salleh..pe2 pn tq 4 d name!!
aku penah dgr cite nih... heee.....
Post a Comment