Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, kita bertemu lagi dalam post ini setelah sekian lama blog ini menyepi... sibuklah katakan...
Hari ini hari minggu dan banyak waktu terluang, Hari ini masa yang berlalu saya cuba isi dengan melayari internet, membaca bahan kuliah dan membaca buku-buku agama. Pengisian macam inikan lebih baik berbanding 'top-up tido' seperti yang biasanya dilakukan oleh segelintir anak muda di hujung minggu termasuk seperti saya. (muda ke?) Dalam pada saya mengisi masa terluang membaca blog-blog sahabat, melayan perbincangan di Halaqah.Net dan utaraonline.net, tetapi bacaan saya kali ini tertumpu pada satu isu. Isu apa? Isu tak senang dengan kelakuan seseorang dan isu ini sering berlaku. Jujur, saya jarang ambil pusing apa yang berlaku di kalangan sahabat sekuliah suka hati mereka asal tak bercanggah syari’at Allah swt kecuali bagi mereka yang benar-benar rapat dengan saya. Namun, apabila hampir sebahagian daripada mereka membicarakan hal yang sama, saya jadi ingin tahu (bukan busy body) tapi lebih kepada prihatin (yelah tu)... ;P
Terkadang saya merasa simpati pada mereka yang menjadi mangsa . Bukan seorang dua yang kena, ramai dah. Saya memang tahu ada prinsipnya sememangnya tak akan ambil peduli pada kata orang. Harap hamba Allah yang berkaitan berubah menjadi hamba Allah swt yang lebih baik. Namun, saya lebih suka diam, mendengar dahulu masalah, cuba muhasabah diri kemudian baru menasihati dengan secara langsung atau tidak langsung. Kadangkala saya cuba menasihati orang lain dengan cara yang berbeza. Bukan dari ucapan nasihat sahaja, kadangkala tingkahlaku saya juga dan saya lebih senang dari bentuk tarikan psikologi.
Barangkali Allah menghadirkan hambanya seperti ini sebagai ujian buat kita ini yang lain tak bukan sebagai asbab untuk kita lebih dekat pada Nya. Bersyukurlah kerana 'dianugerahkan' sahabat sepertinya kerana sekurang-kurangnya setiap kali kita menghadapinya, setiap kali kita kurang selesa , maka waktu itulah kita dekat dengan Allah, mengadu pada Allah dan cuba menasihatinya. Sahabat seperti inilah yang akan mengajar kita erti sabar... erti ikhlas. Dan maaflah, saya kadang-kadang saya kurang bersetuju dengan cara seseorang mendapatkan sesuatu. Kalau inginkan sesuatu yang baik dan suci maka berusahalah dengan usaha setimpal dengan lebih baik dan suci dan cuba berubah menjadi lebih baik. Ingatlah Allah tak memandang hasilnya tetapi usahanya dan apa yang dilakukannya. Bagi saya, tak ada bezanya manapun kita semua, berhubunganlah dengan bermaruah. Kalau dah tak suka kenapa perlu memaksa untuk orang suka kita kan?
Buat hamba Allah diluar sana, ingatlah... dalam dunia ni, kita dituntut untuk menjaga hubungan dengan Allah dan kita juga dituntut untuk menjaga hubungan dengan manusia... Dalam konteks perhubungan baik antara sesama manusia.
Allah swt berfirman, maksudnya, “Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), dan Kami jadikan kalian berbagai bangsa dan suku agar kalian saling kenal mengenali (antara satu sama lain)”.
(QS al-Hujurat: 13).
Perhubungan manusia dengan Allah swt, pula merupakan tujuan pokok manusia diciptakan-Nya. Allah swt, berfirman, bermaksud, “Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah (beribadat) kepada-Ku”.
(QS adz-Dzariat: 56).
Firman Allah swt, yang bermaksud : ”Hai orang-orang beriman, janganlah berolok-olok satu kaum kepada kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diprolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang mengolok-olokkan itu), jangan juga wanita-wanita kepada wanita-wanita yang lain kerana boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada wanita-wanita (yang mengolok-olokkan itu), janganlah kalian mencela diri kalian sendiri dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran yang buruk. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?".
(QS al-Hujurat : 11-12).
Demikianlah, larangan Allah swt kepada Umat Islam, bukan sahaja dilarang daripada melakukan perlakuan atau tindakan yang boleh mencederakan fizikal atau mengorbankan nyawa orang lain, tetapi juga ditegah daripada melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menyinggung, menganggu atau menyakiti hati atau boleh memutuskan tali perhubungan.
Sebaliknya, Islam menekankan galakan agar manusia melakukan apa sahaja perbuatan yang akan menyenangkan hati dan membahagiakan kehidupan manusia yang lain sehinggakan senyuman kepada seseorang itu dikira sebagai satu sedekah (Maksud Hadis).
Islam menggalakkan perpaduan ummah. Allah swt berfirman maksudnya : "Sesungguhnya segala orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikan antara dua saudara yang bersengketa".
(QS al-Hujurat: 10).
Rasulullah saw bersabda maksudnya : "Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"
Nabi saw bersabda maksudnya : "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri".
Umat Islam dilarang melayani nafsu dan membiarkan hati dijangikiti penyakit mazmumah seperti hasad, tamak, riyak, ujub, takabbur dan sebagainya.
Di samping mendatangkan manfaat duniawi, jalinan persaudaraan sesama penganut Islam itu juga akan menghasilkan manfaat ukhrawi.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Barangsiapa menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga".
Mu'az bin Jabal meriwayaatkan: Rasulullah saw bersabda maksudnya : "Suatu kelompok manusia pada hari kiamat kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arasy. Wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul-qadar. Waktu itu manusia panik sedangkan mereka tidak berasa panik dan manusia takut padahal mereka tidak berasa takut. Mereka itu adalah aulia Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka (musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".
Lalu Mu'az bertanya: "Siapakah aulia itu, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah".
(HR Ahmad dan Hakim)
Abu Hurairah pula meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya : "Allah berfirman pada hari kiamat: 'Di mana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apa pun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku'".
Maksud persaudaraan kerana Allah itu ialah persaudaraan yang berasakan matlamat menegakkan kalimah Allah, mempertahnkan kebenaran (hak) dan menentang kebatilan. Mereka yang terlibat menjalinkan cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah
(Maksud hadis, riwayat Ibnu Hibban dan Hakim daripada Anas bin Malik).
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang berlaku... Peringatan ini buat saya juga dalam menjaga hubungan dengan Allah dan manusia... berjumpa kerana Allah, berpisah kerana Allah... dan mencintai juga kerana Allah..
Wallahu’alam...
.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-ahad, 1030, 01052011-
No comments:
Post a Comment