Assalamualaikum
Memang kita dilahirkan dengan ciri yang berbeza
berlainan paras rupa dan rambang
mengikut ciptaan yang Esa
tapi lumrah dunia bukan milik kita
yang sering dikagum dan dikejar
haruslah sedar jatinya jati diri bukan pilihan mata
Dengarkan...
Tiada kurangnya kau lebih besar
tiada hodohnya kau kurang tampan dan jelita
kerana apabila kita selami
sempurnakah kau di dalam hati
tiada bezanya tinggi atau rendah
kau tetap manis walau tak secerah
terimalah walau bagaimana kau dicipta
di dalam diri pasti kau sempurna
Oh...
Jangan jangan terpengaruh
dengan ketampanan dan kejelitaan berhelah
digambarkan di majalah atau kaca TV
setebal mana bersolek dan jenama ternama
tak boleh menggantikan pekerti yang dimiliki kita
Tak semestinya yang tampan dan cantik
akan menjamin kebahagiaan abadi dalam hidup ini
lihatlah sekelilingmu
kasih sayang kerana penampilanmu yang sejati, penampilanmu tersendiri
Pasti...!!!
Jangan berubah jangan ragui
semua yang indah dada dalam diri
andai kau cari kepuasan hati
bukannya zahir sempurnakan pekerti
:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Isnin, 25072011-
-jakartabarat-
-Isnin, 25072011-