Saturday, July 2, 2011

::. Terasing .::

Bismillahirrahmanirrahiim







Apa yang aku mahu...?

"Apabila seinci dari sisi hidupku adalah bilamana aku tidak terasa terasing jika aku tidak tahu movie terbaru di pawagam, tidak juga terasa terasing bilamana aku tidak tahu handphone, Ipad atau software terlatest keluar, cheesy wedges atau makanan terhangat di pasaran, cerita drama korea atau manga terbaru, artis ter-hot, pakaian terbaik dari Zara atau lagu terbaru lady gaga atau artis-artis lain. Apa yang aku mahu ialah hati yang rasa terasing bilamana aku masih merasa merangkak membaca al-Quran dengan tajwid yang baik, rasa terasing kalau tidak mendalami ilmu dengan baik, rasa terasing jika shalatku masih tidak sempurna, terasing bila banyak sungguh perihal agama ini yang aku masih buta, terasing bila melupakan saudaraku di luar sana yang bermatian berjuang menegakkan Islam, terasing bila akhlak ku tidak cantik dan terasing jika aku kata diri ku ini Umat Islam tapi tidak pada cara ku, fitrah dan roh ku"









Sesungguh aku tidak mahu menjadi seperti bila mana Allah berfirman; 

"atau amalan mereka seperti gelap gelita di tengah-tengah laut yang dalam, dilambung ombak, di atas ombak ada ombak pula, di atasnya ada awan. gelap gelita bercampur gelap gelita. apabila seseorang mengeluarkan tangannya, hampir dia tidak dapat melihatnya. barangsiapa yang tidak diberi Allah cahaya, maka tiadalah cahaya untuknya"

[QS an-Nur (24):40]

Nauzubillah. Sesungguh ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat munafiq dan hatiku daripada menjadi gelap yang susah menerima hidayahMu dan jauhkan dari perkara munkar sedangkan luaran ku adalah sebagai Muslim. Ameen~
  -_-





.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-sabtu, 02072011-

No comments: