Bismillah Walhamdulillah,
Entah mengapa hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai Ayah saya. Mungkin kerana baru-baru ini merupakan hari jadi beliau. Tiada perkataan mampu untuk diungkapkan betapa saya amat menyayangi pada Ayah saya. Kasih dan sayang yang dicurahkan adalah tanpa syarat. Tanpa sekelumit pintaan balasan..
Begitu besar pengorbanan Ayah. Bermula dengan susahnya dari menjaga Mak saya mengandung dan melahirkan diri saya, diteruskan dengan mendidik. Semuanya melalui proses yang bukan mudah. Proses yang memakan masa yang lama, menuntut pengorbanan, air mata dan sebagainya..
Dalam kehidupan saya, Ibubapa adalah insan yang sangat besar peranannya. Saya mengakui, bila memasuki usia awal 20-an ini saya baru menjadi 'amat rapat' jika dibandingkan dengan dahulu.. Mungkin sewaktu peringkat sekolah, saya lebih suka berkawan kerana duduk di asrama... Namun, usia sekarang ini, saya lebih suka untuk berkongsi segala-galanya dengan Ayah.
Teringat suatu ketika dahulu, dalam kemelut kewangan, Ayah menjadi 'superman' dalam keluarga. Membantu keluarga mencari rezeki. Saya pada waktu itu berada di sekolah menengah, menjadikan kesusahan keluarga sebagai motivasi. Apa yang saya tahu, saya mesti belajar sungguh-sungguh untuk menggembirakan hati Mak dan Ayah. Alhamdulillah, walaupun keputusan tidak segemilang orang lain, sekurang-kurangnya Mak Ayah mampu tersenyum...
Sehingga kini, Ayah masih bertungkus lumus membantu orang lain dalam hidupnya. Ayah seorang anak lelaki, walaupun mempunyai keluarga sendiri.. beliau masih masih mempunyai tanggungjawab kepada Atuk dan Nenek dan keluarganya masih perlu diteruskan... Saya juga bertuah kerana Mak seorang yang sangat memahami keadaan Ayah. Ayah perlu berkerja keras untuk menanggung keluarganya. Ayah ketika itu berkerja sebagai Pengetua Sekolah Menengah plus tempat kerja Ayah jauh dari rumah hampir 100 km pada waktu itu dan perlu berulang alik setiap hari. Oleh kerana itu, Ayah memasukkan saya dan adik beradik ke asrama.
Namun, ada hikmahnya. Selepas semua peristiwa itu, kami sekeluarga dapat bina kembali kebahagiaan. Hinggalah sekarang.. Alhamdulillah. Syukur padamu ya Allah kerana sentiasa membantu keluarga ini..
Setiap keluarga, ada kisahnya yang tersendiri. Ada zaman bahagia, ada zaman duka dan ada zaman tragisnya tersendiri. Namun, semuanya terpulang pada kita untuk menilai dengan mata hati. Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Pengalaman yang baik, jadikan ikutan dan yang buruk jadikan sempadan.
Sekarang hidup kami semakin stabil dan bahagia dan dalam 4 tahun lepas, Ayah sudah bertukar tempat kerja yang lebih dekat dan sekarang, Ayah sudah bersara daripada kerjanya dan makin sibuk pula dengan Kedai Runcit dan Perternakannya dan Projek Kem Motivasi yang masih dalam pembinaan. Insha Allah dalam masa terdekat ini semuanya akan siap dan selesai.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah hargailah Ayah, Abah, Papa, Bapak, Abi dan seangkatan dengannya selagimana mereka masih ada. Jangan esok bila sudah tiada barulah kita menyesal.. Bukan kah kita bakal menyayangi anak-anak kita suatu hari nanti sebagaimana mereka menyayangi kita?
Wallahu'alam bisthowab...~
:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Isnin, 22082011-
-jakartabarat-
-Isnin, 22082011-