Bismillah Walhamdulillah...
Tahun ni masih tak dapat balik berpuasa dan beraya di rumah. Sudah hampir 2 tahun saya sudah tak balik ke Malaysia. Rutin
harian kat Jakarta pun lebih kurang sama. Cuma adakalanya sesekali saya keluar ke rumah
menyelesaikan urusan-urusan yang sepatutnya dan pergi mencari ilmu dan pengalaman
baru.
Rindu
Jika ditanya adakah saya rindu? Ya! Semestinya saya rindu. Rindu sangat pada keluarga di rumah. Saya
rindukan suasana Ramadhan di Malaysia sana. Lebih lebih lagi pada kawan-kawan yang sudah pulang. Apa khabar lah mereka disana yeee... Alhamdulillah, mereka adalah kawan yang tidak putus mengingatkan diri yang lalai ini agar segera kembali
mengingati Allah... Sungguh, antara nikmat yang terbesar dalam hidup saya
adalah dikurniakan sahabat sahabat yang beriman dan mereka membantu menjaga
iman saya... Alhamdulillah...
Apa ada pada Ramadhan?
Semakin meningkat usia, semakin saya rasakan kedatangan
Ramadhan adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya. Tidak sama
penghayatan saya pada Ramadhan ketika saya masih kanak-kanak, remaja dan ketika
memasuki alam pra dewasa ini. Umur pun semakin
bertambah, rasa cam dah tua.
Tahun ini, tidaklah keluar rumah membuang masa menjadi
tumpuan utama saya sebab kat bumi Indonesia ni tidak ada "actual" bazar Ramadhan. Makanan yang dijual pun hampir saja je semua. Satu lorong tuh banyak je dorongan dan kedai
makan tetapi semuanya menu sama. Tak ada ke pelbagaian langsung. Nasi
Goreng, Pecel, Murtabak, Ketoprak, Sate, Air Kelapa, Jus Buah. Semuanya
berulang-ulang satu lorong panjang tu.
Tetapi tidak apa bagi saya, berbuka puasa ala kadar adalah
terbaik. Lebih 'ringan' untuk berterawih. Taklah merasa mengantuk dan sakit
perut masa shalat anti. Dengan hanya diisi dengan pecel atau nasi goreng, itu sudah
mencukupi. Orang lain yang lambat balik sebab amik semester pendek pula, biasalah study... pastu asyik menghadap
laptop jee. Asyik-asyik dota. Kadang-kadang sehinggakan nak berbuka dan sahur pun boleh lupa. Namun Ala
kulli haal, Alhamdulillah atas segala rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan makanan kat
sini masih enak disantap.
Bulan Ramadhan ini, Allah janjikan pelbagai keistimewaan.
Bulan ini, adalah peluang terbaik untuk kita merehatkan sedikit sistem tubuh.
Namun, berlainan pula untuk rohani. Ramadhan menyediakan peluang yang amat luas
untuk 'mengenyangkan dan menggemukkan' rohani. Masakan tidak, bermula dengan sahur, berpuasa,
tadarus di siang hari dan dilengkapi dengan terawih di malam hari.
Amalan-amalan tersebut berupaya mengurangkan kita dari terjebak melakukan 'dosa
harian' sebelum ini. Tatkala menanti subuh selepas sahur, gunakanlah peluang
tersebut untuk bertahajud. Indah bukan? Tepuk dada, tanyalah iman kita.. Antara
mahu atau tidak sahaja....
Semoga selepas Ramadhan kali ini, kita berjaya menjadi insan
yang terhapus dosa-dosa yang lalu... InshaAllah... ^^
Kematian
Banyak berita kematian yang menyapa di telinga sebelum
Ramadhan kali ini.. Antaranya ialah tokoh pejuang Islam yang saya kagumi dari
dahulu lagi iaitu Allahyarhamah Dr Lo' Lo'. Saya selalu mengikuti perkembangan
beliau. Bermula dari blog, facebook dan twitter beliau di facebook. Beliau
adalah doktor perubatan dan mampu untuk bergiat aktif dalam perjuangan. Di
situlah inspirasi saya tercetus. Saya yakin bahawa kehilangan beliau akan
melahirkan lebih ramai lagi insan yang akan menyambung perjuangan ini... InshaAllah
Ada kawan-kawan saya
yang telah meninggalkan dunia ini sebelum dapat menyambut Ramadhan... Takziah dan Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan
para solehin.
Sungguh, kematian mengingatkan kita yang alpa ini supaya
kembali mengingati hakikat kejadian diri. Mati itu pasti dan tidak diketahui
bila pula giliran kita..
Perkahwinan
Sedar tidak sedar, ramai juga kawan saya telah membina
masjid dan tidak lama lagi akan menyusul pula beberapa pasangan lagi. Tahniah!
Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khair :)
Juga kepada yang telah selamat memperolehi cahaya mata
penyeri keluarga. Semoga anak kalian menjadi mujahid soleh insyaAllah :)
Harapan
Semoga Ramadhan kali ini, saya berharap kita dapat hargai sebaiknya agar lebih bermakna kerana mungkin juga kita tidak akan berjumpa lagi di masa akan datang. Ramadhan akan berlalu
seperti biasa, cuma kita sahaja yang memilih untuk menjadi 'biasa' atau 'luar
biasa' pada Ramadhan ini...
:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Isnin, 22082011-
-jakartabarat-
-Isnin, 22082011-
No comments:
Post a Comment