Entah baru-baru ini di
mana dan ke mana mood menulis saya kadang-kadang menghilang. Mungkin terlalu lama di bumi Jakarta, Indonesia ini kerana 'homesick'. Mungkin juga terlalu banyak isu dalam kepala
sebenarnya, namun tidak dapat diluahkan. Disorganized. Scattered. Namun, setiap
manusia ada caranya yang tersendiri bagaimana dan di mana setiap fikiran dan
perasaan itu diluahkan.
Akhir-akhir ini, saya dapat belajar sesuatu yang
baru lagi...
Tentang tabiat manusia.
Fitrahnya, kita suka
untuk DIFAHAMI dan selalu diberi perhatian. Ibarat anak kecil. Jika si Ibu buat
dek sahaja, anak itu akan buat sesuatu agar si Ibu memberi perhatian kepadanya.
Begitu juga sebenarnya pada kita yang semakin dewasa ini. Namun caranya sahaja
yang berlainan.
Kita suka jika kita sering diberi perhatian.
Kita suka jika kita
sering dilayan, ditanya khabar selalu, ditanya tentang apa jua berkaitan
keadaan diri dan sebagainya. Itu fitrah. Dan tidak terlepas, saya juga suka kalau ditanya khabar lebih-lebih lagi dari orang yang dicintai dan tersayang. ^.^
Namun, apa yang saya
ingin kongsikan ialah bagaimana pula sikap kita yang tidak mahu untuk MEMAHAMI
sahabat lain?
Kita tidak selesa untuk
meluangkan masa untuk sama-sama memahami sahabat kita mungkin kerana takutkan masa yang
tidak mencukupi. Mungkin keadaan tersebut akan mengurangkan waktunya untuk
menuntut ilmu... Mungkin kerana tidak satu kepala... Mungkin kerana juga prasangka buruk... Mungkin juga keadaan tersebut memeningkan kepala sendiri! Kadang-kadang kita pun tidak tahu kenapa?
Proses memahami seorang
sahabat biasanya memakan masa yang panjang. Bukanlah sebulan dua. Bahkan
bertahun lamanya.. Bermula pada saat pertemuan sehinggalah mata tertutup
apabila ajal menjemput. Kita masih dalam proses memahami sahabat tersebut.
Dalam martabat ukhuwah,
paling kurang sikap kita pada sahabat yang lain adalah berlapang dada dan boleh
juga diertikan berbaik sangka. Bukankah indah apa yang Islam ajarkan?
Seringkali kita
bersangka buruk sekiranya sahabat kita bersikap dingin ataupun lain daripada
yang biasa. Pelbagai persoalan dan pertanyaan yang tiada jawapan seringkali hadir
berlegar-legar dalam kepala.
Disinilah pentingnya
untuk kita menjadi ‘pemerhati’ yang baik. Perhatikan keadaannya dan keadaan
sekelilingnya. Boleh jadi penyebab kepada berlakunya perubahan tersebut adalah
disebabkan faktor luaran. Boleh jadi juga perubahan sikapnya berpunca daripada
faktor dalaman.
Usah takut untuk
meluangkan masa untuk sahabat kita kerana Allah akan mengantikan waktu yang
diluangkan tersebut dengan waktu yang lebih baik.
Bertindaklah untuk memahami sahabat kita itu dengan
jalan yang paling berhikmah.
Teringat kata-kata
seorang sahabat saya. Hikmah itu bukanlah bermaksud lembut. Hikmah itu adalah
cara yang paling sesuai mengikut keadaan. Jika keras itu perlu, maka cara
keraslah digunakan. Jika lembut itu perlu, maka lembutlah yang diperlukan. Dan
bersederhana itu adalah yang paling terbaik.
Cuba fahamilah sahabatmu tanpa syarat.
Dalam proses memahami,
kadang kala kita akan terguris dengan sikapnya mahupun kata-katanya. Kadang
kala juga perasaan itu membuatkan proses untuk memahami sahabat kita terbantut
begitu sahaja. Disitulah berlakunya pertembungan pada niat yang ada. Ikhlaskah
kita dalam pekerjaan kita? Dimana keikhlasan yang telah kita pasakkan pada
awalnya?
Apa jua cara dan usaha kita, jika kita ikhlas,
yakinlah akan jalan dan penyelesaian di akhirnya.
Letakkanlah ikhlas kerana Allah... dalam cuba memahami
sahabat kita... ^^
Wallahu'alam...~
:
:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Sabtu, 10092011-