Friday, September 16, 2011

::. Keluarga .::



sorry angah dan wan xde dlm gmbar ni... ;p


Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia... tanggal 16 sept 1963

Keluarga...~

 Rindu? Homesick? mesti laaaa sentitif...  =)

Segala-galanya bermula daripada keluarga. Faktor terbesar pembentukan sikap dan akhlak adalah daripada didikan keluarga. Dan bagi saya, aplikasi didikan agama adalah faktor terpenting dalam pembentukan sesebuah keluarga. Dengan panduan dan perlaksanaan yang mengikut syara', InshaAllah keluarga Islam dapat dibentuk dengan baik.


Tujuan saya menulis post adalah kerana saya sudah lama tidak pulang ke Malaysia berjumpa keluarga. Manfaatkanlah waktu-waktu kita bersama keluarga dengan sebaiknya. Kita tidak pasti apakah dapat berjumpa dan hidup dengan keluarga pada masa-masa akan datang nanti. Maut itu tidak mengenal umur dan sentiasa mendekati kita.


Jika kita masih ada Ayah, Abi, Papa atau Abah ikutilah nasihatnya... Kerana mereka lebih mengetahui apa yang paling terbaik untuk kita.


Jika kita masih ada Ibu, Umi, Mama atau Emak... berkatalah dengan baik. Kerana hati meraka bak kaca.. Mudah pecah. Jika dicantum semula,masih tidak dapat mengembalikan bentuk seperti asalnya.


Jika masih ada adik-beradik... salinglah menasihati dengan kata-kata penuh hikmah kerana mereka adalah saudara paling dekat kita.


Jika masih ada saudara-mara... Hulurkanlah bantuan seikhlas mungkin kerana mereka adalah tempat kita mencari redha Allah swt.


Jika masih ada jiran tetangga... Sudikanlah mengambil berat hal mereka kerana mereka adalah 'saham' kita di Akhirat kelak.


Akhir sekali, Ingatlah bahawa ibu bapa dan keluarga  itu adalah antara sumber utama inspirasi bagi kita.. Tanpa mereka siapalah kita...  bergandingan sumber inspirasi paling utama adalah daripada Allah Taala...~ ^.^

Wallahu'alam...~


:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Jumaat, 16092011-

No comments: