Assalamualaikum,
Manusia itu sifatnya memang seorang pelupa. Makin sering dia terlupa, makin
sering pulalah dia perlu diperingatkan. Ada orang lain yang buat maksiat, sebab
memang dia tak tahu lagi jahil. Tapi kita ni, kadang-kadang terbuat juga
sesuatu maksiat, bukan kerana kita tak tahu, tapi kerana kita terlupa... kerana
kita MANUSIA...
Post 1st dalam tahun 2012... lama tak update (bahagian baru pun xkua2 lagi.. tunggu bia surprise sket). Maaf, sebab kesibukan saya sebagai mahasiswa kedokteran dan merupakan salah satu ketua biro dalam pewakilan mahasiswa ni yang asyik bizi memanjang memakan masa lapang saya tambah pula exam yang banyak sangat dan kene khatam beberapa buku tebal dalam mase sebulan... -___-
(Ok-ok, habis intro....)
Teringat dulu, ketika masih baru masuk asrama sekolah, ada
abang-abang senior yang tolong kejutkan bangun solat Subuh. Barangsiapa yang
didapati Subuhnya tiada di dalam Musolla, akan dikenakan tindakan. Abang-abang
ni pun bukan main kreatif lagi depa punya denda. Ada yang suruh buat helicopter (jari telunjuk sentuh lantai, dan kemudian pusing sampai pening,
dan kejar botol), ada yang suruh tiup kipas, ada yang soleh sikit dia suruh
baca salah satu surah al-Quran dan
macam-macam jenis denda lagi. Tu masuk lagi Ustaz yang kejut (juga merangkap
sebagai warden... ohnooo!!) beliau lagi kreatif.. -___-
Tapi, Allah jadikan manusia ni, secara fitrahnya akan bertambah
matang seiring bertambahnya umur. Banyak perkara, yang dulu masa kita buat,
kita rasa itulah yang paling tepat. Namun bila dah lama, baru kita sedar, benda
yang kita buat tu sebenarnya boleh bikin kita ketawa sorang-sorang, hari ini.
Kalau dulu di asrama, kita bangun Subuh, sebab takut kena denda
yang leceh-leceh ni. Malu dengan kawan-kawan. Takut orang kata; result exam
gempak, usrah bagai nak rak,
tapi Subuh batang hidung pun tak nampak, apa barang, Brader...!!
Tapi memang betullah. Hidayah Allah ni, kalau kita nak dapat,
memang kena kasi usaha lebih sikit. Memang akan makan masa lama sikit. Bagi
orang yang faham, dia akan dapat rasai betapa besarnya nikmat solat Subuh
berjemaah. Nabi saw janji, kita
akan sentiasa dalam jaminan Allah. Tambah lagi kalau kita dapat dirikan 2
rakaat solat sunat sebelum Subuh, kita akan dapat lebih daripada segala isi
dunia.
“Dua
rakaat pada solat sunat Fajar itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”
[HR Muslim]
Masa duduk di sekolah dulu, asrama tak jauh sangat dengan musolla.
Jadi, nak dapat Subuh kat masjid tu, adalah satu dua cabaran. Tapi yang lagi
susah, bila dah sampai kat rumah, tengok-tengok cabaran nak dapat Subuh
berjemaah kat masjid, bukan main banyak. Jaraknya pun jauh dari rumah...
Tapi, pengalaman manis mase bila duduk bilik asrama (btw asrama
saya dulu bukan jenis dorm tapi sebilik 2 org je... kadang-kadang 10 org sumbat sebilik
jugak kalau ada session gosip-gosip ilmiah sampai tertidur...) dengan
sahabat-sahabat yang soleh-moleh (konon), memang mampu menjadikan motivasi yang
terkuat untuk kita berubah jadi lebih baik. Kadang-kadang sampai bersaing,
siapa yang kejut siapa dulu. Tapi, kalau ada hari yang bila masing-masing
terbangun dah dekat-dekat nak habis waktu Subuh, solat jemaah masih tak
tinggal, walaupun kadang-kadang bukan di musolla.(Ni zaman dah jadi senior takde abang-abang nak denda dah kalau tak turun ;p )
Ingat lagi, masa di semester terakhir, sampai ada seorang teman ni
kata,
“Aku takkan lamar mana-mana gadis, selagi aku tak mampu nak istiqamah
solat Subuh berjemaah di masjid selama tiga bulan berturut-turut tanpa missed
walau sekali.”
Fuh. So sweeettt...~ :)
Kami yang lain-lain memang terus termotivasi dengan cabaran si
kawan ni. Mantap jugak motivasi dia. Walaupun, sebenarnya dari sudut lain,
kata-kata dia bermaksud, mungkin dia takkan lamar seseorang kalau Subuh tak
perfect, tapi tak bermakna kalau datang lamaran seseorang ke atas dia sebelum
Subuh dia perfect, dia akan tolak. Ye dak kan? Hehe.. ^^
Itu semua dulu, kawan... sekarang zaman di universiti. Sekarang sudah masuk
zaman seterusnya. Masing-masing pergi menuju impian masing-masing. Kalau yang
masih bujang, sewa bilik, duduk sorang-sorang. Kalau kurang iman, boleh je nak
tinggal semua solat-solat jemaah ni. Solat sorang-sorang dalam bilik. Subuh pun
dah boleh pilih, nak Subuh Gajah ke, Subuh Zirafah ke, Subuh apa-apa lah.. Itu
baru cerita bab Subuh, belum cerita bab movie apa yang kita layan sorang-sorang
kat laptop kita. Astaghfirullah...!!
Tapi kita kena ingat, kawan. Kita tak pernah terlepas dari
perhatian Allah, walau sesaat. Tak kiralah, sama ada waktu kita berseorangan
atau bersama kawan-kawan.
Apapun wahai teman, memang kadang-kadang Allah nak uji kita. Allah
nak tengok, sejauh mana kita boleh istiqamah. Adakah dengan tertinggal sekali,
dua kali, tiga kali, atau berkali-kali jemaah Subuh di masjid, bermakna kita
dah tiada peluang untuk berubah dan bertaubat? Tidak, wahai teman.
Kadang-kadang Allah timpakan ke atas kita dengan satu musibah hanya beberapa
waktu, untuk bagi peringatan kepada kita, supaya lekas kembali memohon
istighfar dan bertaubat. Tak lama kemudian, Allah pun akan angkat kembali
musibah itu dari diri kita. Semua ini hanya akan berlaku, sekira kita beriman
serta yakin dan percaya dengan janji-janji Allah!
“Sesuatu musibah yang membawa kamu kembali kepada Allah
lebih baik bagimu daripada kenikmatan yang boleh menyebabkan kamu lalai dari
mengingati Allah”
[Ibnu Taimiyah]
Akhir kata, jangan putus asa dan teruskan berusaha menjadi hamba
Allah yang sebenar-benarnya. Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan
orang-orang yang menolak lamaran Allah untuk ke syurga-Nya... ^^
*** Kadang-kadang memang kena letak tajuk yang ada unsur-unsur
Ombak Rindu sikit, baru ada orang nak baca.
:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Selasa, 17012012-