Saturday, August 9, 2014

::. Membentuk Kepimpinan.::



"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatlah Rasul (Nya), dan Ulil Amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"
[QS An-Nisaa' 4:59]


Suatu saat, Nabi SAW mengutus Khalid bin Walid untuk memimpin sepasukan tentera untuk menakluk sebuah desa pendalaman Arab dan diikuti oleh seorang sahabat Ammar bin Yasir. Pada suatu malam Khalid dengan rombongan itu berangkat dan sampai ke suatu tempat yang dekat dengan desa yang penduduknya sedang berkumpul menghadiri pernikahan. Mendengar kedatangan Tentera Islam itu, orang-orang itu pun lari meninggalkan pesta itu. Ada seorang yang tidak mengikut lari kerana dia sudah beragama Islam dan dia menemui Ammar bin Yasir dan berkata "Wahai Abu Yaqzan, saya ini termasuk golonganmu. Ada pun kaumku telah mendengar kedatangan kamu sekalian terus lari. Sedangkan saya tetap berada di sini kerana saya beragama Islam. Apakah keislamanku itu menjadi jaminan keselamatanku, atau saya harus lari seperti kaumku itu (agar selamat)?" Ammar bin Yasir menjawap "Tetaplah tinggal di sini kerana keislamanmu itu menjadi jaminan".

Kemudian orang itu kembali kepada keluarganya dan mengajak mereka untuk terus tinggal. Maka  ketika Khalid bin Walid memasuki tempat itu, tidak mendapati kecuali orang yang telah masuk Islam tersebut. Ammar bin Yasir pun menemui Khalid bin Walid dan berkata " Berikanlah kebebasan pada orang ini, dia seorang Muslim. Saya telah memberikan jaminan keamanan baginya untuk tetap tinggal di sini. Khalid bin Walid berkata "Engkau telah memberikan jaminan keselamatan atas nama saya, padahal sayalah pimpinannya?" Ammar pun menjawap "Ya, saya telah memberi jaminan atas nama engkau dan engkau sebagai pimpinan".

Khalid dan Ammar pun berselisih faham, kemudian melaporkan kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW pun memberikan jaminan keselamatan terhadap orang tersebut dan membolehkan Ammar memberikan jaminan keselamatan terhadap orang tersebut dengan pesan agar lain kali tidak memberikan jaminan keselamatan kepada seseorang tanpa adanya izin dari pemimpin pada masa seterusnya, kerana pemimpin diaadakan untuk ditaati (An-Nisaburiy, Asbabun Nuzul, Hal. 106). Kerana kejadian itulah Allah menurunkan ayat 59 QS An-Nisaa' yang dikutip sebagai mukadimah tulisan ini.

Taat pada Pemimpin (Ulil Amri)

Ayat tersebut memerintahkan kepada orang beriman agar mentaati Allah, Rasulullah dan Ulil Amri (selama perintahnya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul) Asbabun Nuzul ayat tersebut menyatakan bahawa Khalid Bin Walid selaku Komandan pasukan adalah Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di rombongannya.

Ahlul Halil Wal 'Aqdi

Dr. Ahmad Syalabi (As-Siyasah fil Fikri Islamiy. Hal. 66) menerangkan bahawa Ulil Amri adalah Ahlul Halli wal 'Aqdi (orang-orang yang ahli dalam menganalisa masalah dan menentukan kebijakan) Mereka itu pemegang kekusasaan pemerintah seperti Khalifah, Sultan, Presiden, Perdana Menteri, Gabenor, para hakim, Ulama, Panglima perang (Komandan) dan pemimpin kelompok dan organisasi. Ketersediaan  keperluan masyarakat dan kemaslahat umum tergantung pada kebijakan Ulil Amri ini.

Puncak dari Ulil Amri adalah pemimpin Ummah dan Negara (Khalifah, Sultan dan Imamah). Pemimpin negara itu diadakan untuk menganti kepimpinan Kenabian dalam menjaga agama Islam dan mengelola masalah keduniaan. Demikian  menurut Abu Hasan Al-Mawardiy (Al-ahkamus Sultaniyyah Hal. 5). Berdasarkan QS An-Nisaa' ayat 59 tersebut dia menyatakan bahawa mentaati perintah Ulil Amri itu wajib untuk kita.

Jangan Ada Kekosongan

Rasulullah bersabda "Bahawa apabila ada tiga orang dalam perjalanan hendaklah mereka menjadikan salah seorangnya sebahagi pemimpin. (HR Abu Daud)

Sabda Rasulullah yang lain menyatakan "Tidak Halal bagi tiga orang yang berada di suatu kawasan di Bumi, kecuali mereka harus menjadikan salah seorang di antaranya sebagai pemimpin. (HR Ahmad)

Betapa pentingnya kepimpinanan dalam kehidupan masyarakat kerana mereka berfungsi untuk menjaga agama Islam dan menegelola kehidupan di dunia, Bahkan menurut Imam Al-Ghazali yang petik oleh Dr. Ahmad Syalabi :Sesungguhnya ketertiban dunia, keamanan jiwa dan harta benda tidak akan berjalan dengan teratur kecuali dengan adanya pemimpin yang ditaati. Dan hal ini sebagaimana yang disaksikan oleh saksi kejadian waktu terjadi berbagai fitnah kerana kematian para pemimpin dan pemerintah. Dan hal itu jika berkelanjutan dan tidak diselesaikan dengan mengangkat pemimpin yang lain yang ditaati akan kelanjutanlah huru-hara, penggunaan senjata menjadi hal yang biasa dan bencara kelaparan pun merata.." (Dr. Ahmad Syalibi, Hal. 34)

Perlunya Pemimpin dan Pemilihan Pemimpin

Baginda SAW memang sudah memperingatkan tentang perlunya pemimpin yang berdaulat serta jangan samapai ada kekosongan kekuasaan negara walaupun sekejap. Begitu pemimpin berhenti harus tersambung dengan pemimpin penggantinya.

Siapakah yang semestinya dipilih?
Al-Marwadiy memberikan syarat-syarat bagi orang yang dijadikan pemimpin.
  1. Adil dengan berbagai persyaratannya.
  2. Berpengetahuan cukup sehingga dapat berijtihad dalam tindak dan menentukan hukum.
  3. Sihat pendengaran, penglihatan dan perbicaraaannya.
  4. Sihat anggota badannya sehingga memudahkan gerak langkahnya.
  5. Memiliki pertimbangan yang sihat untuk mengurus persoalan rakyat atau kelompok/organisasi yang dipimpinnya untuk mengurus kemaslahatannya.
  6. Memiliki keberanian untuk melindungi kawaswan wilayahnya dan  bersungguh-sungguh melawan musuh.
  7. Boleh menjaga amanat yang dipercayakan dan janji yang diberikannya.
Agama seorang Pemimpin 

Agama juga menjadi kiteria kepimpinan sebab keberagamaan pemimpin  juga menyebabkan kebaikan yang lain seperti berlaku adil dan sebagainya. Dr. Ahmad Syalabi menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki kekhususannya yang tidak dimiliki oelh orang yang tidak dipilih menjadi pemimpin. Di antaranya, apabila seorang pemimpin menyukai suatu rakyat atau kelompok/organisasi dipimpinya juga akan terikut-ikut menyukai apa yang disukai oelh pemimpin tersebut dan begitu sebalinya. Sekiranya pemimpin tersebut menekuni sesuatu, mereka yang dibawahnya pun akan menekuni sesuatu itu dan kerana itu rakyat itu tergantung pada keberagamaan pemimpinnya.

Kesejahteraan Hidup

Membentuk kepimpinan dalam sebagai pemimpin negara, tidak terlepas dari tujuan untuk mensejahterakan negara dan seluruh rakyat. Menurut Abu Hasan Al-Mawardiy (Adabul Dunyaa wad Din, Hal. 136) ada syarat kesejahteraan dapat dicapai.
  1. Ajaran agama diikuti dan dilaksanakan.
  2. Pemimpin Negara berdaulat.
  3. Keadilan yang berlaku merata.
Persyaratan itu berlaku berjalin rapat dengan satu sama lain. Jika hal-hal tersebut benar-benar terwujud kesejahteraan hidup rakyat lebih terjamin. Wallahu 'alam.


.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
09082014

Sunday, May 25, 2014

::. Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya .::

"Kemudian makanlah dari setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang berfikir" (QS An-Nahl 16:69)


     Marcapada kaedah pengubatan bagi orang sakit sudah begitu maju dan modern, dengan dari jenis ubat-ubatan hinggalah pelayanan pesakit agar dapat sembuh dari penyakit yang diderita. Ditengah kemajuan ini, kaedah alamiah juga ikut berkembang antara lain dalam bentuk pengubatan para Tabib dan tidak ketinggalan pula cara pengubatan Islami yang diterapkan oleh Bagina, Rasulullah saw atau dikenali sebagai Tibbun Nabawi.

     Kaedah ini kemudian asal mula pengubatan Islami yang maju di abad pertengahan hingga melahirkan Tabib-tabib Islam terkenal sehingga  dikenal dalam bahasa Latin antara lain seperti Ibnu Sina (Advicienna), Ibnu Rusyd (Averrost), Al-Haitham (Alhazen), Ar-Radzi (Razes) serta Al-Idrisi (Drise/Dresses). Terkait hal ini saya ingin mengutip prinsip-prinsip pengubatan Islami dari buku Menjadi Dokter Muslim. Menurut buku tersebut ada beberapa hal yang ditekankan oleh Baginda, Nabi Muhammad saw dalam perkara pengubatan yang seperti berikut.

1) Semua penyakit dan ubatnya berasal dari ciptaan Allah.

Prinsip ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw dalam hadith Baginda.

"Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubatnya" (HR Bukhari dan Muslim)

"Masing-masing penyakit pasti ada ubatnya. Kalau ubat sudah mengenai penyakit, maka penyakit tersebut akan sembuh, sesuai dengan izin Allah" (HR Muslim)

Dalam pada itu dalam Sirah Nabi Ibrahim as Khailullah, pernah bertanya kepada Allah swt."Ya Rabbi, dari manakah datangnya penyakit?"

"Dari-Ku" jawap Allah swt. 

Kemudian Nabi Ibrahim bertanya lagi "Jika demikian Ya Allah, dari manakah ubatnya?

Allah swt menjawab "Dari-Ku juga"  

Nabi Ibrahim bertanya lagi "Jika demikian halnya, apakah gunanya Tabib (Doktor)?" 

Allah swt menjawab "Mereka makhluk yang Aku utus untuk membawa ubat dari-Ku".

     Perbincangan ini merupakan bentuk penegasan bahawa semua penyakit dan ubat tidak lain berasal dari Allah swt. Allah telah berjanji bahawa semua penyakit pasti ada ubatanya kecuali Mati (Ajal). 

     Antara sebab utama Allah turunkan penyakit sebagai ujian kepada manusia untuk menguji keimanan, kesabaran serta keikhlasan seperti yang dicontohkan oleh Nabi Ayyub as sehingga ditinggalkan isterinya. Dengan sabar, doa dan berubat tanpa berputus asa dengan izin Allah Nabi Ayyub akhirnya sembuh kembali dan isterinya juga kembali. 

     Oleh itu, mereka yang menjadi dan dilantik sebagai Doktor, Tabib, Bidan, Perawat (Nurse) serta Ahli Farmasi disuatu pihak menjadi cabaran bagi mereka kerana mereka sebagai utusan Allah swt untuk meningkatkan penelitian dan kompetensi serta pelayanan untuk menyembuhkan penyakit sesuai dengan penegasan Allah tersebut.

     Sedangkan disuatu pihak lagi sebagai pesakit, jangan pula mencari-cari penyakit atau baru datang berubat ke Doktor bila setelah penyakitnya amat parah dan sulit disembuhkan. Menurut ilmu perubatan, upaya pencegahan (preventif) jauh lebih lebih baik daripada upaya penyembuhan (kuratif). Hal ini juga terkait dengan pencegahan merokok, arak, seks bebas dan dadah seperti yang diseru oleh Kementerian Kesihatan atau nasihat para Doktor tetapi kian hari jesteru kian banyak penagih dan mangsanya malah dunia sekarang ramai yang suka mencari-cari penyakit demi gaya hidup tanpa memikirkan risikonya.

2) Menghindari pemakaian ubat yang najis dan haram.

     Menurut buku tersebut pengubatan penyakit terbagi kepada dua kelompok iaitu dari bahan yang halal dan haram. Ada beberapa jenis ubat yang menggunakan bahan haram seperti bahagian khinzir (enzim atau protein atau organ) dan alkohol (ubat  batuk, campuran arak dan herba-herba atau arak rendaman bangkai binatang seperti ular, katak dll) sedapat mungkin perlu dihindari kerana dilarang secara syariah kecuali amat terpaksa darurat boleh menyebabkan kematian dan belum ada bahan pengganti. Sekira sudah ada pengganti harus dihindari seperti ubat batuk yang sekarang ada yang jenisnya yang tidak mengandungi alkohol atau vaksin meningitis yang dari khinzir yang sudah ada penggantinya.

3) Harus sentiasa melakukan penelitian, kajian dan meningkatkan kompentensi untuk mengembangkan ilmu perubatan.

     Prinsip ini sangat penting dalam dunia perubatan agar tidak berhenti-henti mengembangkan ilmu perubatan dengan menggalakan penelitian, kajian dan meningkatkan kompentensi  agar pelayanan lebih baik dan ubat-ubatan bertambah baik terutama yang ubatan yang halal disegi syarak demi umat manusia serta umat Islam terutamanya.

"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China"

     Motto yang mana kemudian memicu kemajuan di Dunia Islam termasuk dunia perubatan Islam sehingga banyak tokoh perubatan Islam muncul ketika itu.

4) Meningkatkan kualiti perawatan.

"Barangsiapa yang mengubati (orang lain), padahal ia tidak pernah diketahui sebelumnya selok belok ilmu perubatan, maka ia akan diminta pertanggung jawabannya kelak" (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah)

     Riwayat ini mengkehendaki agar mereka yang bergerak di bidang perubatan adalah yang benar-benar menguasai bidang itu bukan hanya sekadar seperti dukun yang dia sendiri tidak tahu apa yang dibuatnya hanya kononnya malah meminta pertolongan jin daripada pertolongan Allah swt. Ini kerana kepada Pakar Ilmu Perubatan lah para pesakit memasrahkan kesihatan mereka untuk mencari kesembuhan bukan hanya fizikal tetapi jiwa mereka. 

     Oleh itu mereka yang mempunyai ilmu perubatan dituntut setiap saat untuk memeberikan pelayanan yang prima kelas pertama dan masyarat pula terus menjaga kesihatan sebaik mungkin serta syukur dengan kesihatan yang Allah berikan dengan beribadah dengan khusyuk agar mendapat keredhaan Allah swt untuk memberi kesembuhan kepada kita semua. Wallahu'alam.




.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
25052014