Tuesday, August 7, 2012

::. SEM PENDEK BLOK 12- MALAYSIA - OSCE .::

Assalamualaikum wrt dan Salam Ramadhan teman-teman. Semoga senantiasa dibawah keredhaan dan keberkatan Allah swt serta dipemurahkan rezeki dan diperkukuh Iman di hati.

Alhamdulillah kita masih lagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Ayuh kita mengejar dan berlumba-lumba untuk mendapatkan "hadiah" utama Lailatul Qadr. Al-Quran sudah berapa juz? Taraweh berapa rakaat? Qiam buat tak? Sedekah, zakat dan infaq dah sediakan belum? Kepada yang masih belum jom kita segera bersedia!





...SEM PENDEK BLOK 12, MALAYSIA, OSCE...


Semester Pendek (SP) Blok 12 Infeksi & Imunitas. Blok SP kali ini sangat mencabar dan meletihkan. Diuji dengan PBL 1 kene halau sebab terlambat satu jam sebab tertidur dan terlupa bagitau Housemate untuk kejut sebab hanya saya seorang je pelajar Malaysia Batch 09 yang ambil SP ini. Saya tahu saya salah. Cuma yang sangatlah dikesali dan terasa hati, Mentor PBL pula taknak bagi muka serta saya kelihatan macam pengemis dan orang tak tentu arah ikut belakang mentor minta izin nak masuk PBL 2 dahlah sengaja jalan pergi kantin sebab saya asyik ikut belakang beliau supaya saya rasa malu walaupun akhirnya menyerah sebab ada kuliah tak dapat juga serta dipermalukan dalam kelas dalam esoknya sebab dia pun ada beri kuliah farmakologi. Kalau nak marah marahlah saya jangan susahkan saya nak lulus dan malukan saya. Harap nanti kepada kawan-kawan yang mungkin nanti jadi Pensyarah tidak kira medic, engineer atau akauntan ke... janganlah buat zalim macam tu kepada pelajar anda. Mana tahu nanti orang yang akan menolong kita adalah orang yang kita zalimi atau dia tak halalkan apa yang kita buat. Saya hanya berdoa supaya doktor itu sedar akan perbuatannya dan mendapat hidayah daripada Allah swt. Nasib baik ada seorang doktor baik dari PSSK bagi ikut ujian walaupun tanpa PBL. Alhamdulillah. Nampaknya terpaksa perlu kerja keras untuk lulus kerana markah PBL tidak ada. Usaha, Redha dan Tawakal. Semoga dapat hikmah dari apa yang berlaku. Tolong doakan saya semoga SP blok ini saya dapat harungi dengan sebaik-baiknya. Ameen. Dan tidak dilupa saya share kisah ini supaya dapat jadi pengajaran kepada saya dan untuk semua. Ada hikmah disebalik kisah ini.

Malaysia. Sudah hampir 3 tahun kita belum bersua dengan hati yang tenang dan cuti yang sebenarnya. Baru-baru ini pulang hanya sebentar untuk menjalankan tugas. Hanya 3 hari. Akhirnya, dapat juga cuti yang sesungguhnya. Insha Allah, cuti kali ini akan digunakan sepenuhnya. Tak sabar dirasakan dihati ini, Yooosh!! ^0^

OSCE. Tapi tidak dilupakan kawan-kawan yang kena Her OSCE. Semoga dapat lulus dengan jayanya semua Station yang korang belum selesaikan. Memang susah, korang OSCE kali ini tidak sama seperti OSCE kiteorang dulu. Dulu hanya 8 Station aktif 1 rehat. Korang 12 Station Aktif 2 rehat dan hampir semua kes simulasi. Jika korang berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kemudian tawakal kepada Allah. Dengan Izin-Nya, Insha Allah lulus semuanya. Saya mendoakan korang semua dipermudahkan dan lulus semunya. Chaiyok!! ^_^







.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
06082012

Saturday, August 4, 2012

::. Sweet Ramadhan .::

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua. Semoga anda semua senantiasa dalam keadaan sehat walafiat serta Iman yang betul, sempurna, kuat serta teguh

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kita masih berpeluang untuk bertemu di bulan Ramadhan yang  mulia ini. Sempena bulan yang penuh berkat ini saya ingin berkongsi dengan korang semua tips-tips untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih optimal walaupun agak terlalu lewat sedikit. Sorry sebab sekarang ni asyik sibuk dengan pelbagai urusan kerja mahupun peribadi. Semoga kita dapat mengamalkannya dengan sebaiknya. Insha Allah. ^^




.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
04082012



Monday, June 11, 2012

::. Untuk Mak .::

"DEAR MAK ♥"  

Tidak kira ke mana sahaja saya pergi dalam hidup ini,
Apa sahaja yang saya akan pelajari dari KEHIDUPAN ini,

Sesibuk mana saya masa kerja nanti,
Dengan siapa pun bakal saya NIKAHI nanti ,
Walau macam manapun TANGGUNGJAWAB saya pada isteri,
MAK sentiasa WANITA nombor satu di dalam HATI ini ... ♥

I always ♥ You MAK... :)










.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
11062012

Saturday, May 26, 2012

::. Dia Yang Kau Pilih .::





Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali


Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir


Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu


Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka...


Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti


Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala


Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu


Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka...~

.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
26052012

Sunday, May 13, 2012

::. Penjunjung Namaku .::



Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya...

.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
13052012

Thursday, April 12, 2012

::. Aurat .::










































 .::ANNAEM::.
-jakartabarat-
Khamis 12042012