Monday, May 2, 2011

::. Paradigma Cinta .::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana kita masih dipanjangkan umur dan masih dapat bertemu lagi dalam perkongsian ini. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi untuk meluruskan paradigma kita tentang “cinta”.

Dari sekian manusia yang diciptakan Allah swt, tak semua boleh memahami apa sebenarnya cinta itu. Cinta memang sesuatu yang susah didefinisikan. Meskipun boleh dirasakan, seringkali si pemilik rasa pun merasa ragu-ragu, apakah yang sedang dirasakannya itu “cinta”? ada apa dengan “cinta”? Lalu, bagaimanakah ciri seseorang mencintai sesuatu?

Ada mengatakan bahawa cinta tak semestinya harus memiliki. Saya termenung jauh memikirkannya. (kadang2 orang nampak saya seperti mengelamun... : P) Tetapi, kemudian saya bertanya pada diri sendiri, mempertanyakan apa yang telah saya fikirkan tersebut. Saya bertanya, jika tidak memiliki, bagaimana cara merealisasikan cinta? Bagaimana mungkin cinta itu boleh berwujud secara zahir apabila kita sendiri tidak mempunyai hak atasnya??

Pertanyaan ini muncul dan saya merasa ada korelasi dan analogi antara cinta dan keimanan. Cuba kita renungkan, jika kita menilai diri beriman kepada Allah, pastilah iman itu didasari cinta kepada Allah.  Atau sebaliknya, pastilah iman itu berbuah cinta kepada Allah. Tidak mungkin mencintai Allah jika tidak beriman kepada Allah, sebaliknya pula tidak mungkin disebut beriman kepada Allah apabila tidak mencintai Allah. Betul?

Jadi, bagaimanakah ciri-ciri orang yang mencintai Allah, Si Kekasih Hakiki? Allah swt sendiri telah menyebutkan ciri orang yang mencintaiNya, yakni dalam surah Al-Anfal ayat 2-4:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(iaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia."

(QS  Al-Anfal: 2-4)


Apabila ayat di atas disebutkan secara ringkas adalah manusia  yang beriman sebagai berikut:

  • Bila disebut nama Allah gemetarlah hatinya   
  • Apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya
  • Mereka selalu bertawakal kepada Allah
  • Mendirikan shalat
  • Menafkahkan sebagian rezeki (infaq, sedekah)

Begitulah ciri orang yang benar-benar mencintai Allah, orang yang beriman dengan sebenar-benarnya iman. Tidak hanya di hati, namun juga mewujud secara zahir dalam amalan yakni melakukan shalat dan menafkahkan sebagian rezeki dan ia melebur menjadi ruh dalam setiap gerak dan aktivitinya, dengan ketawakalannya.

Hal ini juga relevan dengan dengan pengertian iman.

 “Iman itu meyakini dengan hati, mengikrarkan dengan lisan dan mengamalkan dengan anggota badan. “

Tidak sempurna keimanan seseorang manakala hanya berupa keyakinan di hati. Atau hanya ikrar di lisan. Atau sekadar amalan-amalan sahaja. Namun ketiga aspek itu haruslah ada untuk dapat menjadi keimanan yang sejati.

Begitu pula cinta. Cinta pun harusnya berupa keyakinan di hati, dapat diikrarkan oleh lisan, dan dizahirkan dalam perbuatan. Apabila satu elemen itu tak boleh atau tak mungkin dilaksanakan, maka tak dapat disebut sebagai cinta yang sejati. Ketiga-tiganya harus ada untuk menjadi cinta yang sejati.

Bagaimana dengan cinta kepada  sesama  insan berlainan jantina...??

Ada pendapat banyak ulama yang saya pernah jumpa dan baca serta mencerna penulisan mereka, bahawa cinta antara dua insan berlainan jantina itu boleh dikatakan sebagai cinta sejati apabila cinta itu terbingkai dalam bingkai suci dan indah iaitu ikatan pernikahan. Dan saya setuju tentang ini kerana dengan adanya bingkai indah itu, kesempurnaan cinta boleh dilaksanakan. Selain ada di hati (bergetar hati jika disebut nama orang yang dicintainya, dan bertambah cinta bila disebutkan kebaikan dan kelebihannya), juga telah legaly-halal untuk diikrarkan dengan lisan serta dizahirkan melalui amalan anggota badan. Itu bererti, bahawa cinta memang harus memiliki.

Jika cinta itu tidak berada dalam koridor "memiliki", dalam erti tidak berada dalam bingkai pernikahan, maka paling maksimal hanya boleh teryakini dalam hati kita. Tidak halal untuk terikrarkan oleh lisan, apalagi lebih jauh lagi ter”implementasi”kan melalui perbuatan oleh anggota badan. Bererti, cinta itu tidak boleh dilaksanakan secara sempurna, dengan kata lain bukan cinta sejati.

So, terkait dengan cinta kepada jantina lain, tidak perlu mencintai sepenuhnya sebelum boleh memiliki kerana jika belum atau tidak memiliki, belum tentu boleh melaksanakan cinta itu secara sempurna dan belumlah sejati. Tapi jika berani, ya silakan.... Asal, siap-siap untuk kecewa serta makan hati....  ^___^

Dari apa yang saya kongsikan ini, segala yang baik itu adalah dari Allah swt. Jika ada kesilapan maaf dipinta dan tolong perbetulkanlah diri ini kerana manusia itu belum tentu sempurna. Sekian.

Wallaahu a'lam.




.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-isnin, 02052011-


2 comments:

ibnyusoff said...

setuju part nikah halalkan hubungan tapi sebab aku tatau post ni umum or khusus so aku just cakap,hehe..

adakah maksud memiliki dalam, "Saya bertanya, jika tidak memiliki, bagaimana cara merealisasikan cinta? Bagaimana mungkin cinta itu boleh berwujud secara zahir apabila kita sendiri tidak mempunyai hak atasnya??",
bersifat khusus atau umum? jika khusus maka depends pd pgrtian anda, tp jke umum, cinta perlukan pengorbanan, bila kita cintakan sesama muslim adakah kita perlu miliki mereka? takkan? kita boleh jerr realisasikan cinta itu mlalui gerak kerja dan sumbangan lainnya..

apa maksud dizahirkan dalam "Begitu pula cinta. Cinta pun harusnya berupa keyakinan di hati, dapat diikrarkan oleh lisan, dan dizahirkan dalam perbuatan."
sebab jika zahirkan itu maksudnya melakukan sahaja tanpa ada unsur meninggalkan maka tidak cintakah kita kpd Allah saat kita meninggalkan maksiat kerana-Nya?

.::ANNAEM::. said...

Walaupun soalan bertabur dan berbelit sampai susah nak bace, saya akan cuba jawap dengan sebaiknya... jadi klau ade yang tertinggal atau tak menjawap soalan anda harap maaf dan tegur...

1)ini bersifat khusus, Cinta untuk sesama muslim itu itu bukan mencintai dari mencintai tetapi lebih konteks menyayangi dan ihsan sesama makhluk dan ada kebatasannya mengikut sunnah... berlainan dgn Cinta untuk Allah.. lebih menyerahkan diri kepadaNya, amal ma'ruf nahi munkar...

2) konsep iman (wajib untuk menjadi muslim)dan cinta makhluk (haruslah)dari apa saya cuba faham dengan soalan anda... zahir itu seperti melakukan sesuatu menunjukkan bahawa kita Cinta akan Allah... dan jika kita meninggalkan maksiat maka itu sudah menunjukkan kita Cinta akan Allah... segala kita melakukan demi Allah itu menunjukkan kita cinta kepadaNya dan tidak bercanggah serta perkara itu sememangnya suruhanNya.


dan sepertinya anda sudah menjawap soalan anda sendiri atau anda kurang faham erti zahir.. zahir itu apa yang nampak 'real' dapat dirasa, didgr, dinampak dari sesorg...

wallaahu'alam...

sumber rujukan

1) Ikhtihar Cinta - Haji Amru Harahap, LC., M.S.I

2) Cambuk Hati - Khiai Haji Masyhuri Syahid M.A.

3) Merajut Benang Ukhuwah Islamiah - Dr Abdul Halim Mahmud