Tuesday, February 16, 2010

::- Jika Tertewas Lagi -::

.::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang::.


Kenapa...
kau termenung... bingung menyelubung...~
Hampa kecewa, di mana silapnya...~
Tak siapa mahu melihat kau berduka
Tak siapa mahu kau berputus asa
Mungkin belum masanya lagi
Oh bukakanlah.. hatimu untuk menerima
"Cabaran kehidupan..!!!!"

Jangan menuding jari
Terutama ke arah 'diri sendiri'
Telah diberi sepenuh hati
Namun nasib tak menyebelahi
Dan jangan rasa rendah diri
Kerana syukurlah bakat yang dikurniai
Dah jauh usaha bawa kau ke sini
Tak usah untuk dikesali

Moga ini pengalaman
Belajar dari kesilapan
Teruskan ke hadapan...!!!

Walau kau tertewas lagi
Tak bererti berakhir
Apa yang pernah diimpi
Takdir dah menjanji
Usaha kan diberkati
Gemilang akan menanti

Dah lumrah di dunia
Suara sumbang pasti akan kedengaran
Endahkan mudahnya berkata
Halamu bukan di tangan mereka
Tumpukan manakah kurangnya
Timbalah apa agar akan lebih sempurna
Atasi dengan fikiran wajar
Cabaran yang datang menduga

Dalam perjalanan hidup
Adakala kau tersungkur
Jangan biar ia berkubur

INGATLAH....!!

Keyakinan dan doa adalah kekunci mengatasi apa kelemahan diri
Pasti tiba nanti namamu bisa akan dijulang tinggi...


::ANNAEM::
-Jakarta Barat-

3 comments:

Anonymous said...

apabila naem berkata2..
haha..
nice2

walau apa juga yang terjadi.
hidup harus diteruskan.
selamat berusaha!!

siti nurul shaadah said...

caya lah adikku...hehe.best2. jd perangsang utk along..

Budak Nerdy said...

WOHA! camne ko buat blog cam gempak.. ajar la sket der... :)