Sunday, February 7, 2010

::- Perlu ke berdoa...? -::

::Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang::

Kenape kite berdoa..?

· Jiwa kita terpanggil untuk memohon perlindungan ketika mendapat kesulitan kerana ia diciptakan dalam keadaan lemah.

· Lantaran doa itu merupakan perintah Allah, yang ditujukan kepada manusia itu sendiri.

“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah ku akan masuk neraka Jahanam dalam berkeadaan hina dina” (Al-Mukmin :60)





Doa pun kene beradab ke….?

Berdoa mestilah ade adab, macam kite nak minta duit belanje dengan Mak dan Ayah. Nak minta duit mestilah ade muqadimah dulu, pakai cantik-cantik/smart-smart… pastu puji-puji dulu baru boleh dapat… kadang-kadang tak dapat terus kene mintak banyak kali baru dapat… same laa cam kite berdoa kepada Allah SWT…

Antara adab berdoa ialah;

  • Sebaik-baiknya dalam berkeadaan suci dan berwudhu’.
  • Mengangkat kedua tangan.
  • Mulakan dengan menyebut nama Allah dan memuji kepada-Nya da tidak langsung tujuan kita memohon.
  • Berdoalah dengan ikhlas.
  • Sentiasalah bersungguh-sungguh dalam berdoa.
  • Sentiasa mengulang-ulang doa tanpa jemu dan tergesa-gesa.
  • Menghadirkan hati saat berdoa. Rendah hati, khusyu’ disertai perasaan mengharap dan takut terhadap kebesaram Allah SWT(Berdoa perlu ada perasaan).
  • Tidak berdoa kepada keburukan.
  • Berdoalah dengan suara bersederhana, tidak terlalu kuat dan terlalu perlahan.
  • Mengakui dosa dan memohon keampunan serta mengakui nikmat dan bersyukur kepada-Nya.
  • Berdoalah kepada diri sendiri dahulu apabila hendak mendoakan orang lain.
  • Melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.


Bile waktu yang sesuai untuk berdoa…?

Doa pun ade waktu dan tempat yang mustajab… macam tadi minta duit dengan Mak dan Ayah ade waktu dan die jugak nak minta… mase lain atau tempat lain pun boleh minta tapi lambat dapat duit tuuu… tapi ade mase dan tempat yang sesuai degan izin-Nya terus dapat…

Antare waktu dan tempat yang dikabulkan doa ialah;

1. Di bulan Ramadhan dan terutama pada malam Lailatul Qadr.

2. Antara azan dan iqamat.

3. Ketika turunnya hujan.

4. Ketika berperang untuk menegakan agama Allah SWT.

5. Pada waktu setelah solat fardhu terutama ketika sujud dalam solat.

6. Pada hari Jumaat, tidak kira malamnya atau waktu siang.

7. Ketika seseorang tidur dalam keadaan suci, kemudian terbangun dan berdoa.

8. Doa ketika bermusafir

9. Doa pada hari Arafah di padang Arafah.

10. Ketika dalam kesusahan dan dizalimi.

11. Doa ketika dalam majlis keagaman dalam satu majlis dengan berdoa bersama-sama.


Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, ikhlas dan menjaga adab-adab ketika berdoa. Dengan izin Allah doa anda pasti diperkenankan.





::-ANNAEM-::

-jakarta barat-

4 comments:

FatinZol said...

ada org yg tnya,nape perlu doa,sedangkan tuhan dah takdirkan semuanya.Doa atau tidak,takdir tetap begitu.

Contoh,mcm org sakit .Kita doa supaya dia sembuh,dpt hidup lama.Tapi disebabkn takdir tuhan dia mati dlu,jd doa pun x jadi apa2..

mcm doa ni,tiada function pun..

hurm,apa kita nk jawab utk patahkan hujah mcm ni?....
tolong ya,sebab ada org pnh tnya aku soalan mcm ni...

ibnyusoff said...

yg tanyer tu muslim or non-muslim?? persoalan taqdir pjg huraian dan tak sume org boleh cakap,ak pn tak brani(tp lau stp kali doa then sihat,ble nk mati??)..

org yg berdoa tu menunjukkan die jnis sdar die sape Allah sape(makhluk=lemah,Allah=maha Kuasa)
tp,ada satu hadis bout doa yaitu samada trus diberikan ap yg diminta, diberikan lambat atau ditangguhkan kat akhirat(sape tau kte dpt yg mane??) so perlu ader raja'(harapan trhadap Allah) dan bersangka baik trhadap Allah(Allah mengikot prsangkaan hamba-Nya)..
besides, doa ade adab2nyer(cara,mase,dll)..

finally, ingatlah kesah Imam Abu Hanifah dan sorg pemuda yg mane pmuda tu mntak Abu Hanifah doakan kesehatan mak die yg sdg sakit, trus mak pemuda tu smbuh (dua hal, taqdir dan doa aulia' Allah)

maaf lau tak tepati soklan (ak tak brape paham tujuan soklan)-juz tgu jwpn naem-
wallahu a'lam

FatinZol said...

org yg tnya tu,org yg anti-agama.Tapi dia xde la bnci agama kita.

tp pokoknya,dia mempersoalkan fungsi doa dan solat (serta ibadah2 lain)..

mcm rungutan org yg dah terlalu kecewa dgn tuhan...

Anonymous said...

salam...
Giler ahh, ley thn soalan org uh.. neway, klau jumpe org uh, ckp kat die, jgn putus ase do... xelok! haha..

-Dudu-