Saturday, September 15, 2012

::. Kawin Awal..? .::

Assalamualaikum semua...

Semoga senantiasa dalam keadaan sehat walafiat serta dilindungi Allah swt dan menjadikan rutin bagi kita untuk bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan masa lapang kat kita nie. Dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw yang sering mengingatkan kita supaya memanfaatkan masa lapang sebelum bizi pasnie. Huhu, Alhamdulillah dengan izin Allah saya sihat dan dapat bercuti raya yang agak lama baru-baru nie membuat saya merasa happy

Sejak akhir-akhir ini ramai kawan saya akan mendirikan rumah tangga dalam usia yang lebih kurang agak muda. Cakap pasal kahwin awal ni sekarang  ramai anak-anak remaja zaman kini ingin berkahwin pada usia yang muda.

Kepada pembaca blog saya sekalian, saya tulis post ini bukan bermaksud saya ingin berkahwin pada usia yang muda ye. Haha! Entry ini merupakan pandangan saya terhadap kahwin muda ini. Mungkin juga boleh dijadikan sebgai sumber rujukan ataupun pencetus idea kepada mamat-mamat ataupun minah-minah diluar sana yang memerlukan 10 sebab kenapa ingin berkahwin awal, mungkin untuk dibentangkan kepada ayah dan ibu masing-masing.


Peringatan: Kebaikan kahwin awal itu sangat banyak, keburukan kahwin awal itupun juga tidak kurang banyaknya! Alert!!!

10 SEBAB KENAPA NAK KAHWIN AWAL

1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya, mempunyai ciri-ciri  isteri dan anak yang soleh, rajin, seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2. Ingin menjaga mata, hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri, kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3. Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Nie dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa, ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta. :)

4. Teman dalam pelajaran
 

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalanan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan? :)

5. Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan, ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak keempat. Adik beradik saya semua belum berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada di sisi. Mama, dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekarang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur, sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan, dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa, kami ingin menjadi pejuang agama, bangsa dan negara!

7. Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya? Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak universiti yang tidak beragenda. Habis belajar, kahwin, dapat anak, sambung belajar sampai phd, pergi kuliah-kuliah agama, beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini, hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8. Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini "Rileks laaa.. Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.". Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pada usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara "enjoy" sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh "enjoy" itu. Apa saya dapat? T_T

9. Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insya Allah, tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10. Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok, hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)

Dah habis dah? Ada satu lagi, Extra! Hehe..


11. Dapat menantu perempuan cepat.

Nampak seperti gurauan, tetapi itulah hakikatnya. Haha!  tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke? Hehe.. Mama.. Abah.. Bila kahwin ini, mama dan abah tidak kehilangan saya. Jangan risau, mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya, mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita. One Happy Family!:D


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui” [24:32]



Tapi ALEEEERT!!!!


Sebelum itu sila menuntut ilmu perkahwinan secukupnya dan fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.





Maaf sekali lagi sebab post panjang dan melalut, tapi saya tak kisah senanye sebab saya nak menyampaikan sesuatu yang penting, dan tak logic kalo ditulis dalam satu post yang pendek. Hoho, kalo korang tetiba terilham nak kawen awal lepas baca post nie, jangan lupa jemput saya k? Tue je kot, kalo tak puas hati ngan point-point  nie, sila bergaduh ngan saya. Saya suke! Sekian, Wassalam!!~~



.::ANNAEM::.
-jakartabarat-
15092012

No comments: