Friday, October 29, 2010

::. Hidup itu Memang Indah .::





Dalam menghadapi kehidupan ini, kita selalu merasa hidup begitu menekan dan sulit. Berbagai dugaan yang terjadi membuat kita hadapi hari demi hari dalam stress yang tak ada berkeputusan. Berbagai masalah membuat kita tak mampu lagi melihat hal-hal yang indah dan menarik dalam hidup. kadangkala ada juga orang yang putus asa sehingga mencuba mengakhiri hidupya sendiri takpun melakukan perkara yang bercanggah dari fitrahnya hanya untuk melupakan masalahnya seperti minum arak, clubbing dan sebagainya.


Kalaupun tidak seekstrim itu, banyak orang menjadi robot. Menghadapi hari demi hari dalam seperti rutin. Contohnya pelajar yang mengambil “jurusan perubatan”. Paginya bangun kemudian ke kuliah, sampai petang pulang, di rumah kalau rajin ada yang ulangkaji, tapi kalau malas ada yang menonton TV dan main permainan komputer seperti warcraft, DOTA, PES dan sebagainya atau pun menonton drama Korean, sinetron dan perkara seangkatan dengannya. Setelah penat tidur kemudian bangun esok pagi dan melakukan perkara sama yang dilakukannya kelmarin. kalau sekali sekala itu tidak menjadi salah tetapi kalau itu menjadi rutin hidup kita bagaikan mesin atau robot tak bernyawa. Semua aktiviti sama sahaja. Tanpa ghairah, tanpa semangat, tanpa harapan.


Dengan memiliki harapan dan tujuan manusia mempunyai alasan untuk tetap melanjutkan hidupnya. Harapan membuat manusia tidak pernah berhenti berjuang. Harapan membuat manusia merancangkan langkah-langkah yang tepat bagi kelangsungan hidupnya. Tujuan pula menjadikan melahirkan rasa tanggungjawab dan membuat manusia merasa dia diperlukan oleh orang lain. Ini membuktikan bahawa hidup manusia itu berharga kerana didalamnya terkandung nilai-nilai yang diperjuangkan untuk membuat manusia tetap hidup.




Hidup sangat berharga. Bahawa kita yang hidup tahu yang kita akan mati kerana semua benda hidup kan merasa mati sementara orang mati tidak dapat berbuat apa-apa. Ini menunjukkan bahawa hidup menjadi berharga kerana kita melakukan sesuatu; berbuat sesuatu seperti untuk menikmati segala hal dalam hidup ini dengan sukacita dan kita senantiasa hidup dalam kebenaran dan keadilan, dengan tetap menjaga hidup kerohanian kita.

Semua hal ini memberi penjelasan kepada kita, bahawa keindahan hidup tidak diukur dari panjang pendeknya umur, tidak juga diukur dari kaya miskinnya orang, tetapi dari bagaimana ia mengisi hidupnya.


Hidup menjadi bererti jika kita mengisinya dengan kerja dan usaha tentang hal-hal yang baik. Yang paling penting dari semua itu adalah meskipun hidup ini sia-sia, tetapi hidup ini adalah pemberian Allah swt. Maka selama kita hidup nikmatilah hidup kita dengan kerja, sukacita dan harapan. Hanya dengan demikian kita dapat menemukan keindahan hidup, pendek atau panjang umur kita. Kita perlu banyakkan memberi dari menerima. Hidup adalah Anugerah dan Nikmat Allah swt. Dunia itu bagaikan sebatang jari yang dicelupkan dalam laut kemudian di keluarkan dan air yang melekat pada jari adalah dunia dan air laut yang luas itu akhirat. Hidup hanya sementara.


Dengan memiliki harapan dan tujuan manusia akan tetap melanjutkan hidupnya. Setiap makhluk Allah di dunia ini diciptakan dengan tujuan dan ada hikmah disebalik penciptaannya. Harapan pula membuat manusia tidak pernah berhenti berusaha. Harapan membuat manusia merancangkan langkah-langkah yang tepat bagi kelangsungan hidupnya. Ini membuktikan bahawa hidup manusia itu berharga kerana di dalamnya ada nilai-nilai yang diperjuangkan untuk membuat kita sebagai manusia tetap hidup. Jadi carilah apakah anda ingin cari dalam hidup anda. Adakah kebahagiaan? Teman hidup? atau kosong tanpa apa=apa?  Mari menyelami persoalan kenapa kita semua dicipta… jangan biarkan diri anda seperti sebuah robot…~ 

wallahu'alam...~   ^_^






.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-jumaat, 0640, 29102010-



No comments: