Sunday, November 21, 2010

::. 25 things bout' myself...? .::

Assalamualaikum...

akibat kesibukan yang melanda akhirnya dapat jua 'post' bende ape manalah nih.... sorry deb... ^__^

1, 2, 3 START....!!!!






25. banyak menghabiskan masa dengan melihat, membaca, berfikir, dan mengkaji sesuatu…




24. seorang pendiam... suka bercakap bila perlu sahaja...

23. paling bodoh bila saya akan berasa malu dan gagap bila bercakap dengan perempuan lain (especially yang di ‘secret admire’ pandang mate pun xdapat wooo...) selain family sendiri...

22. paling indah bila dapat menjadi seseorang yang berguna kepada orang lain

21. paling dasyat pernah buta semasa umur 4 tahun dan sembuh tapi “side efek”nya saya menjadi rabun...

20. suka dan sejuk hati bila orang lain tersenyum, gembira dan bahagia...

19. Peminat fanatik kucing dan mempunyai banyak kucing peliharaan di rumah...

18. minat cerita atau movie yang membuat saya berfikir dan memberi faedah untuk menontonnya

17. seorang tukang masak yang 'sangat' handal...

16. apabila stress dan marah saya akan cuba menjauhi diri daripada orang lain... takut gelombangnya ter’efek’ dan berjangkit…. 

15. saya tak suka tempat yang 'crowded' dengan orang

14. sangat tidak suka bila seseorang hanya tahu bercakap besar banyak tapi buatnya tidak...

13. suka warna hitam, hijau. dan oren..

12. suka bunga daisy dan bunga matahari




11. suka makan-makan banyak-banyak especially yang berkuah dan bersup...

10. mempunyai banyak koleksi buku seperti buku novel, buku keagamaan, buku motivasi dan lain-lain buku...

9. suka bermain dan belajar belajar bermain semua alatan muzik… dan banyak koleksi alat muzik

8. kalau shopping boleh jadi berjam-jam...  suka windowshopping... hahaha

7. saya suka pakaian jenama diesel, berwarna hitam dan lagi tak tahu sebab kenape...

6. tempat yang teringin sangat-sangat nak pergi ialah masjidil haram di Makkah...

5. suka nombor 5... ntah kenape...

4. fikiran saya lebih cepat dari mulut yang bercakap...

3. mempunyai kelebihan untuk mengetahui kebiasaan dan perwatakan diri seseorang dengan melihat wajah, tubuh dan kelakuannya… but don’t judge things by it cover… ade sedikit golongan yang ‘special’…

2. saya mempunyai tali pinggang hijau tahap ke 4 dari 5 tahap dalam ilmu persilatan… tak sempat sambung ke merah dan seterusnya ke hitam…. rasa sangat menyesal… T___T   

1. Sangat mencintai Allah swt dan baginda Nabi Muhammad saw dan menyayangi keluarga, dan kawan-kawan saya…


terima kasih kepada deb yang telah tag dan menyeksa saya untuk memikirkan bende tah ape manalah ini... sekian... 

^_____^ V



.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-ahad, 1714, 21112010-

2 comments:

+aNa baNana+ said...

naim!!! ajar main gitar..hahaha

Naem said...

meh nk ajar...~ byr yuran dulu ye... hahahah~ ^__^