Wednesday, November 3, 2010

::. Taklim Ustaz drs Muchlis Abdi - 2 Nov 2010 - .:: Part 1

Maqasid Syari’ah, Hak dan Nilai Nyawa Seorang Muslim

Maqasid Syari’ah (Keutamaan dalam syari'ah) bertujuannya untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada semua manusia dan menghindarkan kemudharatan atau keburukan.

Maqasid Syari’ah lima perkara iaitu:

1.       Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama.

-          Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan maqasid syari'ah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan.
-          Islam mengajak manusia beriman kepada Allah yang Maha Esa (rukun iman) serta menjauhi anasir-anasir syirik.

2.       Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia - Islam mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri dan melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri.

3.       Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal -Salah satu keistimewaan yang dianugerah oleh Allah swt ialah akal dan kekuatan berfikir.

-          Manusia diberi status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintahnya.
-          Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan.
-          Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal atau minda manusia tidak diisi dengan ilmu pengetahuan, ia akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir.
-          Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya.
-          kehidupan mereka akan menjadi rendah nilaiannya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk makan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja.
-          Syariah Islam juga menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal oleh itu, Allah mengharamkan arak dan sesuatu yang memabukkan.

4.       Menjamin kehormatan dan maruah diri - Kemuliaan dan keperibadian seseorang umat Islam amat mementingkan persoalan ini.

-          Lihat kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi.
-          Semua ibadat khususiyyah ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak.
-          Tegahan dan larangan Allah mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.
-          Perhatikan kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong dan mencuri. Allah telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini.
-          Kesimpulannya, seluruh perintah dan larangan Allah dapat dikaitkan dengan kepentingan untuk menjamin kehormatan dan maruah diri.

5.       Menjamin Usaha Pemilikan dan Penguasaan Harta - Kehidupan yang sempurna bagi seseorang manusia bagi seseorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta.

-          Syari'ah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-undang tersendiri dalam soal kehartaan.
-          Ia dibincangkan secara meluas di dalam disiplin dan bidangnya yang tersendiri dikenali sebagai FIQH MUAMALAT.
-          Syari'ah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah swt

Hak dan Nilai Nyawa Seorang Muslim

Allah swt adalah satu-satunya Zat yang memiliki hak atas kehidupan dan kematian seseorang. Dialah yang menciptakan kehidupan dan kematian. Dia menghidupkan segala sesuatu dan mematikan sesuai dengan hikmah dan kehendak-Nya. Maka nyawa dan kehidupan manusia ini adalah menjadi hak prerogatif Allah. Tak seorang pun berhak menghilangkan nyawa orang lain (membunuhnya), kecuali berdasarkan hak yang telah Allah tetapkan. Bahkan, menghilangkan nyawa diri sendiri (bunuh diri) pun diharamkan dalam Islam.
Namun, kerana ketidakpahaman tradisional sebagian umat Islam akan masalah tersebut, maka begitu mudahnya mereka menghilangkan nyawa orang lain, terkadang dengan cara yang keji, seperti disiksa lebih dahulu, dibakar, dan lain-lain.

Kerana itu, sangat perlu untuk menumbuhkan kesedaran akan besarnya hak hidup orang lain. Sebab jika kesedaran akan hal ini tidak segera ditumbuh dan diterapkan dalam diri seorang muslim, maka dapat dibayangkan, kehidupan di masa akan datang akan semakin kacau-bilau dan tidak keruan. Nyawa manusia akan dianggap sebagai lalat atau nyamuk yang boleh dilenyapkan begitu sahaja, oleh siapa saja jika mahu dan mampu. Maraknya pembunuhan yang merupakan petanda bahawa dekatnya kiamat, akan segera menjadi sebuah kenyataan.

Allah swt berfirman yang bermaksud "Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan suatu (sebab) yang benar." (QS. Al-An'am : 151)

Ini merupakan isyarat atau petanda yang sangat tegas, bahawa sesama muslim dilarang keras saling bunuh, saling bergaduh dan bertikai satu dengan lainnya. Jika terjadi perseteruan antara dua orang mukmin, maka Allah memerintahkan mukmin yang lain supaya mendamaikan di antara keduanya. Jika dua orang mukmin saling menyerang dan bunuh, lalu ada salah satunya yang meninggal  kedua-duanya masuk neraka.

Islam juga melarang saling ejek, mencela, memberikan nama jolokan yang buruk dan tidak disukai oleh orang berkaitan, su'udzan (berburuk sangka), tajassus (memata-matai untuk mencari aib) dan ghibah (menggunjing). Kerana itu semua boleh menjadi pemicu terjadinya permusuhan dan yang menyebabkan ia berakhir dengan pertumpahan darah.

Oleh itu mari kita semua memohon kepada Allah swt agar menjaga kita dan seluruh kaum muslimin dari segala fitnah, permusuhan dan pertikaian…~

Wallahu’alam…

Bersambung….~



Sumber: 

al-Quranul Karim
Ta'lim Ustaz drs Muchlis Abdi 




1 comment:

ibnyusoff said...

bagus2,nnti2 kalau aku ponteng,boleh share lagi..oh,tambahan,hukum qisas dan hudud menunjukkan kepentingan dan keutamaan maqasid syariah (sumber:iluvislam.com)