Thursday, July 23, 2009

Kita Ibarat Pengembara...

Abdullah Bin Umar menceritakan, Rasulullah SAW pernah memegang bahunya dan baginda berkata,



1. Jadilah kamu di dunia ini ibarat orang asing yang berada di sesuatu tempat, atau pengembara yang masih berada dalam perjalanan.

2. Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan ditangguhkan amalan baik sehingga tiba pagi esoknya.

3. Apabila kamu berada di waktu pagi, jangan ditangguhkan amalan baik hingga waktu petang.

4. Gunakan waktu ketika kamu sihat dengan melakukan amalan baik bagi menggantikan amalan yang kamu tidak mampu lakukan ketika kamu sakit.

5. Gunakan waktu ketika kamu masih hidup dengan melakukan amalan baik sebagai menggantikan amalan yang memang kamu tidak akan dapat kamu lakukan selepas mati.

No comments: