Bagi dirinya
pagi petang itu
siang malam itu
serupa tiada apa-apa
Harta dan kemewahan itu adalah matlamat
tapi itu bukan penyelamat
Ibadat itu hanyalah sampingan
walaupun itu yang akan dikira di akhir nanti
Bila usia tak terasa
semakin meningkat
Lupa yang ..
jasad akan lemah layu
penyakit menyerang kaku
Nak bertaubat
menangis menyesal
jasad tak upaya
menunai ibadat
Seluruh usia
gugur dimakan masa
tanpa ibadat yang sempurna
Sesal kemudian
tiada kesudahan
mengalirlah
walaupun air mata darah
sudah tidak bermakna lagi
Begitulah
bila telah sesal kemudian
sesal dulu pendapatan
Liku-liku jalanan
manusia alpa
akhirat adalah kehidupan sempurna
bisakah tercapai
bertaubatlah, beribadah apa terdaya
selagi nafas ada
Insya Allah... serah kepada Allah
yang empunya Segala.....
"kata-kata terutama untuk diri sendiri dan mereka yang alpa"
maafkan dan ampuni aku ALLAH, aku hanya hamba Mu yang lemah.....~ (T__T)
.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Ahad, 1700, 25072010-
1 comment:
terima kasih kerana mengingatkan....
Post a Comment