Thursday, July 15, 2010

::. Mencari Bahagia eP 1 -Apakah Bahagia?- .::























Rasulullah saw telah bersabda:



” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” 
(HR Bukhari dan Muslim)



Rasulullah saw bersabda lagi:



” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “ Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.




          Setiap orang mencari kebahagiaan. Termasuk anda, saya dan ratusan juta insan manusia lainnya di muka bumi ini. Bila Anda bertanya pada sembarang orang ‘apa yang ingin Anda dapatkan dalam hidup ini?’. Kebanyakan orang akan menjawab ‘saya ingin bahagia’ sebagai salah satu hal yang paling mereka inginkan.

Lalu, persoalan berikutnya muncul, ‘apakah Anda sudah bahagia?’. Ada yang menjawap, ‘Ya, saya bahagia’. Begitu juga, sebahagian yang lain akan berkeluh-kesah ‘saya tidak bahagia’

 Banyak cara dilakukan manusia untuk meraih kebahagiaan. Sebahagian mereka beranggapan bahawa kebahagiaan itu diraih dengan banyaknya harta dan populariti yang pantang surut. Tak hairalan bila manusia sanggup berlumba-lumba mendapatkan itu semua termasuk dengan menggunakan segala cara. Lantas apakah bila seseorang sudah menjadi kaya raya dan terkenal selepas itu terus menjadi orang yang selalu bahagia? Ternyata tidak! Kalau begitu bagaimana cara meraih kebahagiaan yangg benar?

Namun, persoalan yang paling penting adalah ‘bahagia itu apa‘? Kita boleh mencapai sesuatu bila jelas definisinya. Seperti saat Anda ingin menuju ke suatu tempat, Anda tahu terlebih dahulu alamatnya kemudian mencari jalan ke sana. Kita pun akan mencapai bahagia bila tahu yang akan kita tuju. Hampir setiap orang memiliki keinginan untuk hidup bahagia. Bahagia adalah sebuah perspektif. Setiap orang punya pendapatnya masing-masing tentang “bahagia". 

Ada yang berpendapat mengatakan definisi bahagia adalah:



·   Memiliki rumah besar, kereta mewah,suami yang kacak/isteri cantik dan anak-anak yang comel.

Jadi, bagaimana bila tak mendapati hal yang diinginkan di atas, apakah bererti mereka ini menjadi ‘tidak bahagia’.

Ada sebahagian lain yang menyatakan definisi bahagia adalah: 



·  Hidup tenteram dan tidak punya banyak masalah.
·  Mendapatkan seseorang yang mencintai dan dicintai seumur hidup.
·  Menjadi diri sendiri.
·  Bebas melakukan sesuatu dan tidak terikat orang lain.
·  Terlepas dari keadaan stress dan masalah dapat dikawal


Adakah "bahagia" itu subjektif?


      Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.
Jadi apakah erti  ‘bahagia’ ….?

        Mungkin kita perlu menghargai apa yang Anda memiliki lebih dari yang kita lakukan. Kita semua perlu melakukan itu. Namun, mungkin kita masih berharap untuk perbaikan, perubahan substansial. Namun, hanya mencuba untuk menjadi puas dengan apa yang kita miliki, atau hanya bertindak seperti semuanya baik-baik saja. Dan jika kamu tidak menemukan kebahagiaan spontan yang akan kita sekarang, mungkin kita tidak tahu di mana menemukannya. Jadi di mana kita seharusnya melihat?  Setiap orang memiliki definisi bahagia masing-masing. Bahagia untuk satu orang tidak bererti bahagia untuk orang lain dan sebaliknya.    
      Sesetengah orang menganggap erti bahagia itu relatif. Ia selalu berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu target yang berubah-ubah yang tidak spesifik dari segi ertinya.  
       Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
      Kebahagiaan dan ketenangan hidup merupakan salah satu keperluan penting apatah lagi bila kehidupan selalu dibelit dan dibelenggu dengan permasalahan kesedihan dan kegundah gulanaan yang menyebabkan semakin tersalah faham perlunya kebahagian atau paling tidak ketenangan dan kelapangan hati ketika menghadapi segala masalah. Hampir semua orang berfikir bahawa bahagia tidak sepenuhnya diperoleh dengan harta dan kekayaan. Lihat berapa banyak orang yang hidup bergelimang harta namun mereka tidak bahagia. Kadang-kadang malah mereka belajar tentang kebahagiaan dari orang yang tidak pada ahlinya. Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yg berpegang teguh dengan keimanannya.


Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya...
Yusuf al-Qardawi
Bersambung…  mencari bahagia ep 2

1 comment:

ibnyusoff said...

tringat ta'lim pak romy, "bahagia adalah bila tiada rasa takut dan tidak bersedih hati" (rujuk QS alBaqarah:38)