Tapi bahagia tu bahagia yang bagaimana?
Adakah bahagia itu kekal tak hilang-hilang dari nurani kita?
Apa maksud bahagia ni? bagaimana bahagia yang sebenar-benar bahagia?
Pernah rasa bahagia?
Mesti best kan?
Hakikat bahagia itu adalah ketenangan.
Kebanyakan daripada kita yang menganggap kekayaan,kebijaksanaan atau pun kejayaan itu sebagai suatu kayu pengukur kejayaan.
Anda silap, kita semua silap…..
Siapa kata orang yang miskin, kurang bijak dan gagal itu tidak bahagia?
Semuanya boleh berlaku…..
Yang miskin,kurang bijak dan gagal itu masih boleh dikira bahagia andai hatinya redha dengan ketentuan Allah
Kebanyakan daripada kita yang menganggap kekayaan,kebijaksanaan atau pun kejayaan itu sebagai suatu kayu pengukur kejayaan.
Anda silap, kita semua silap…..
Siapa kata orang yang miskin, kurang bijak dan gagal itu tidak bahagia?
Semuanya boleh berlaku…..
Yang miskin,kurang bijak dan gagal itu masih boleh dikira bahagia andai hatinya redha dengan ketentuan Allah
Itulah sebaik-baik perbuatan.
Redha dengan ketentuanNya.
Atas sebab kefakiran diri sebagai seorang hamba yang tidak mengetahui hikmah atas kejadian yang berlaku.
Redha dengan ketentuanNya.
Atas sebab kefakiran diri sebagai seorang hamba yang tidak mengetahui hikmah atas kejadian yang berlaku.
Tidak ada manusia yang tidak inginkan bahagia. Bahkan setiap apa yang dilakukan manusia adalah untuk mencapai bahagia. Malangnya, keinginan kita sering tidak kesampaian. Ini kemungkinan disebabkan kita tidak mengetahui apa makna bahagia sebenarnya dan kita juga tidak jelas bagaimanakah cara untuk mendapatkannya. Ya, jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui, apatah lagi hanya berbekalkan maklumat yang tidak pasti ,sudah pasti sukar untuk kita menemuinya bukan...? Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan mestilah dengan mencari apa erti kebahagiaan yang sebenar terlebih dahulu.
Adakah ini erti bahagia yang kita cari…?
Kebahagiaan itu adalah memiliki hati yang tenang dalam menhadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah makna bahagia yang sebenar menurut petunjuk Allah dalam al-Quran,
“Ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang” (QS Ar-Ra’du: 28)
Dalam Mencari Bahagia Ep1... ada hadith yang diungkapkan…
Rasulullah saw telah bersabda
“Bahawasanya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan. Tetapi apabila ia rosak,maka rosak pulalah seluruh badan. Dan ingatlah ia adalah hati.”
(HR Bukhari dan Muslim)
“Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kekayaan hati”
(HR Bukhari dan Muslim)
Haaaa, apa pula maksud kaya hati? Kaya hati bukanlah maknanya kita kena makan roti salut kaya tiap-tiap hari… hehehe…~
“Kaya hati” tu bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki yakni bersyukur dengan apa yang ada, bersabar dengan apa yang tidak ada. Hati perlu dibersihkan selalu dan dipelihara kesihatannya agar lahir sifat-sifat Mahmudah. Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari larangan yang ditentukan Islam dengan mudah (macam auto pilot pesawat), yakni tanpa perlu difikir- fikirkan dahulu sebelum membuat sesuatu kebaikan. Bak kata Imam Ghazali, inilah hakikat akhlak yang mulia.
Jika diselidiki, diingat dan disingkap kembali masa-masa yang telah berlalu, pasti kita akan memperoleh jawapannya.
Anda adalah insan yang paling bahagia, andai redha dan sabar dengan ujianNya.
Anda adalah insan yang paling bahagia, andai bersyukur dengan segala nikmatNya.
Biarpun mungkin pada mata kasarnya, kita melihat nikmat yang diperolehi orang-orang disekeliling lebih banyak berbanding diri kita sendiri.
Ingatlah, nikmat dan ketentuan Allah kepada kita pada masa ini adalah yang terbaik untuk kita pada masa ini.
Sememangnya….
Pada pemikiran logik akal, memang tidak tercapai.
Namun, inilah hakikat. Hakikat bahagia.
Jika kesusahan menimpa diri kita, ketahuilah.
Kelak, pasti ada bahagia yang bakal menanti.
Allah memang menguji kita dengan kesusahan pada mulanya.
Kelak Dia akan kurniakan bahagia yang tak ternilai harganya.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya..."
(QS al-Baqarah : 286)
Ketika itu,andai keyakinan kita pada Allah tetap kuat, kita akan merasakan betapa besar hikmah kesusahan yang dihadapi sebelum ini...
Kembali pada diri ini.
Ketika ini aku merasakan aku sedang diuji.
Aku perlu yakin, kelak pasti ada bahagia.
Bukan bermaksud aku hanya perlu menunggu bahagia, tapi aku harus mencarinya.
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Perteguhkan hubungan denganNya...
Dengan itu, barulah tiada lagi syak wasangka terhadap Dia yang Maha Mulia. Kejarlah yang Hakiki.
Walau seberat mana ujian yang menimpa, hati kita akan senantiasa redha dan tenang.
Itulah hakikat bahagia...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah dijiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang
Kebahagian itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu kesabaran~
Nasyeed: Unic - Hakikat Bahagia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Ahad, 1500, 20072010-
No comments:
Post a Comment