Monday, August 30, 2010

::. Lawakkan...? .::


gambar hiasan



Bayangkan benda ini berlaku pada diri kita semua....

Suatu hari pada masa sembahyang berjemaah di masjid yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk beberapa orang manusia yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian ala ninja, tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa senjata merbahaya... lalu salah seorang daripada mereka tu bertempik "

"Woi… !!! Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH SWT sila berdiri di tempat kamu…!!!!!"

Selepas mendengar amaran itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 30-40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Tok Imam tu...
mereka yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Tok Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Tok Imam mulakan sembahyang jemaah yeee...~"

Lalu mereka tersebut berpaling dan berjemaah bersama....
*itu pun kalau tak kene pelempang dan flying kick laaa secara beramai-ramai oleh Tok Imam bersama-sama jemaah yang tinggal tadi… ;p

Macammana…?  adakah kita rasa lawak dengan cerita tadi...? selain rasa terhibur cuba kita fikirkan dan cernakan...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku mereka Islam hanya sedikit dari mereka yang betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... hanya membawa senjata merbahaya. mereka tak kata pun nak bunuh tapi generasi kita sekarang amat lemah, baru kena ugut terus lari lintang pukang lupa yang dia tak sembahyang lagi mana tahu bila diorang tengah-tengah lari tetiba mati... ajal itu di Tangan Allah swt"

"Lawakkan, ada juga yang Islamnya cuma seminggu sahaja,  tu pun bila time sembahyang jumaat... tunjuk muka kat orang kampung, ada tu lagi dasyat setahun 2 kali aje... bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan fitnah apa yang ditulis oleh surat khabar dan manusia daripada apa yang difirmankan dalam al-Quran"

"Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar sesuatu yang tidak kekal"

"Lawakkan, kita boleh bersembang dengan  “kekasih”  berjam-jam tapi bila nak berdoa kepada ALLAH alahai... tak ada masa kononnya...~

Kenapanyeee..?  gelak tu kan realiti tapi yang paling lawak sekali, berapa orang yang akan cuba merubah dirinya lepas baca post ni dan sampaikan kepada orang lain... berapa orang yang akan buka post ni atau post yang berunsurkan kerohanian lain untuk luangkan masa membacanya? rasanya berapa banyak...????

Mari kita berusaha berubah menuju ke arah kebaikan dan terus istiqamah.
Waullahu'alam…~

 q(~______^)






.:::ANNAEM:::.
-jakartabarat-
-Isnin 1220, 30082010-

No comments: