Friday, July 24, 2009

Azabnya api neraka Jahanam.....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w. pada waktu yg ia tidak biasa datang "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang tidak mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat neraka jahannam."



Gambar Hiasan



Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan neraka jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, neraka jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanannya 70000 tahun, tiap pintu lebih panas dari lain yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu tersebut?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang musyirikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang Nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, adakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.




Gambar Hiasan



(Dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagamaina kamu boleh masih melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariku. Tahukan kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

  1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat


  2. Setiap tingkat mempunyai 70000 daerah


  3. Setiap daerah mempunyai 70000 kampung


  4. Setiap kampung mempunyai 70000 rumah


  5. Setiap rumah mempunyai 70000 bilik


  6. Setiap bilik mempunyai 70000 kotak


  7. Setiap kotak mempunyai 70000 batang pokok zarqum


  8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 ekor ular


  9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.


  10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70000 rantai.

  11. Setiap rantai diseret oleh 70000 malaikat

Mudah-mudahan hadith ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua termasuk diri saya sendiri....

2 comments:

im a muslim said...

salam..

hmm,nice one naem...
it make me ponder for a while..

dosa=azab=neraka=level ke-7

berapa bnyak agak2 dosa yang kita dah buat sepanjang hidup kat dunia nie ?? cukup ke amal yang dibuat untuk menampung dosa2 tue?? sangat takot..tapi takut yag tidak disertakan dgn tindakan tak berguna..btul x??

jadi konklusinya..

** ilmu tanpa amal, seperti pohon tak berbuah **

jom..kita sama2 mengislah diri (^~^)

Fatihah said...

~naim~

InsyaAllah, Semoga peringatan ni membawa kta ke arah yg lebih baik..

Terima kasih... heee....